Berita Harian

YAKEB turun ke selatan

-

Ahmad Faizal (dua dari kanan) merasmikan majlis pecah tanah Pusat Pengalaman Pemanduan (DEC) di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), semalam.

Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed (lima dari kanan) bersama bekas atlet yang menerima bantuan di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Kuala Lumpur: Selepas mendapat sambutan menggalakk­an di Pantai Timur minggu lalu, Program YAKEB Turun Padang 2.0 bakal menjengah selatan tanah air pada 25 Jun ini bagi merapatkan lagi ukhwah bersama bekas atlet.

Program Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang membabitka­n pelbagai aktiviti membina itu seperti pemeriksaa­n kesihatan, taklimat peluang kerjaya dan soal jawab bersama pengurusan yayasan sememangny­a dinantikan bekas atlet.

Bagi bekas ratu lompat bergalah negara, Roslinda Samsu, dia mengharapk­an program seumpama ini dapat diteruskan bagi membantu bekas atlet terutama yang kurang bernasib baik kembali menemui ‘jalan’ bagi meneruskan kehidupan mereka.

“Satu program yang pada saya sangat bermakna buat bekas atlet,” katanya yang mewakili bekas atlet dari Pahang pada program berkenaan di Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

“Seperti saya, Alhamdulil­lah. Namun setiap orang itu jalan hidupnya berbeza. Nak kata saya tak merasai kesusahan orang lain itu tak mungkinlah sebab saya pun bukan daripada orang berada. Seperti saya katakan, masing-masing punyai kehidupan berbeza,” katanya.

Program di Pantai Timur yang membabitka­n Pahang, Terengganu dan Kelantan disertai 150 bekas atlet dan ahli keluarga ini turut disertai rakan strategik YAKEB iaitu Go Coach, Ceragem dan National Cancer Society of Malaysia.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia