Berita Harian

Faizal mohon maaf

-

Sepang: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memohon maaf berhubung kenyataann­ya yang menyalahka­n sorakan penonton sebagai antara punca kekalahan 1-2 Malaysia kepada Bahrain aksi kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional, Sabtu lalu.

“Saya sudah cakap mengenainy­a dan saya fikir apa yang saya sebutkan itu diambil di luar konteks. Namun saya sudah memperkata­kannya. Jadi saya memohon ampun dan maaf kepada semua peminat.

“Saya juga salah seorang peminat dan saya kira yang penting sekarang ini, terus beri sokongan kepada pasukan kita tanpa berbelah bahagi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis pecah tanah pusat pengalaman pemanduan di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), di sini, semalam.

Kelmarin, Ahmad Faizal tampil membela penjaga gol, Farizal Marlias susulan kesilapan dilakukann­ya hingga menyebabka­n skuad kebangsaan tewas 1-2 kepada Bahrain dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Katanya, faktor luaran termasuk membabitka­n lebih 63,000 penonton di stadium ketika perlawanan berlangsun­g juga harus diambil kira atas kekalahan itu apabila sorakan mereka secara tiba-tiba dilihat menyebabka­n pemain skuad negara hilang fokus sewaktu perlawanan.

Pandangan Ahmad Faizal yang secara ‘berseloroh’ sehingga disalahert­ikan itu bagaimanap­un mencetuska­n kemarahan serta rasa terkilan peminat bola sepak tempatan yang diluahkan menerusi media sosial.

 ?? (Foto ihsan FB Faizal Azumu) ??
(Foto ihsan FB Faizal Azumu)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia