Berita Harian

Menteri gesa swasta bantu

-

Sepang: Malaysia tidak pernah 'kering' bakat dalam dunia sukan permotoran terutama dua roda yang sehingga kini mampu mempamerka­n persaingan tinggi bukan saja di peringkat tempatan malah di pentas antarabang­sa.

Nama seperti Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, Wazi Abdul Hamid dan Hafizh Syahrin Abdullah, semua ini adalah nama besar yang menunjukka­n kemampuan mereka di pentas Asia mahupun dunia dan ketika ini pembikinan bakat baharu seperti Syarifuddi­n Azman, Danial Syahmi Ahmad Shahril, Hakim Danish Ramli termasuk jaguh cilik tetap giat berjalan.

Cumanya, sukan permotoran memerlukan perbelanja­an yang besar dan andai tidak disokong serta dibantu, ke mana hala tuju kelompok bakat ini walaupun perancanga­n sudah dilakukan sebaiknya sehingga ke persada Kejuaraan Motosikal Dunia.

Justeru, tidak kiralah siapa, kerajaan, swasta mahupun korporat, sudah tiba masanya melihat bakat sukan permotoran yang ada ini sebagai 'aset bernilai' dengan menghulurk­an tajaan kepada mereka bagi mengembang­kan karier di pentas antabangsa.

Bagi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, beliau melihat Malaysia sejak dulu lagi mempunyai potensi bakat sukan permotoran yang amat tinggi, namun kejayaan industri ini perlu didokong dan dibantu pihak swasta dan korporat.

“Dari dulu lagi, kita ada Alex Yoong (empat roda) yang bermula daripada usia yang begitu muda, dalam rally, kita ada Karamjit Singh. Ini bermaksud rakyat Malaysia yang berbakat dalam sukan permotoran ini cukup ramai.

“Sekiranya dalam dua roda, kita ada Wazi... jadi apa yang kita perlu sekarang ini adalah lebih banyak pendedahan dan pembabitan daripada pihak swasta mahupun korporat yang dapat menyumbang atau menaja pelumba kita ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia