Berita Harian

Stadium Nasional ditutup

- Oleh Sukhairi Thani dan Zulfaizan Mansor

bhsukan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Stadium Nasional Bukit Jalil akan ditutup mulai hari ini bagi membolehka­n kerja membaik pulih dimulakan, umum Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam.

Dalam satu kenyataan di sini, Ahmad Faizal berkata pada awalnya pihaknya merancang menutup stadium berkenaan pada penghujung Mac 2023, namun atas keperluan mendesak proses baik pulih harus dipercepat­kan dan tidak boleh ditangguhk­an lagi.

“KBS (Kementeria­n Belia dan Sukan) memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil dan tidak boleh terus memperjudi­kan maruah negara dengan melengahka­n lagi tindakan yang sewajarnya.

“Isu kualiti padang serta fasilitiny­a adalah isu legasi yang harus ditangani secara pantas dan tuntas. Perancanga­n awal KBS adalah menutup Stadium Nasional pada penghujung Mac 2023 untuk memulakan kerja-kerja baik pulih, namun keadaan semasa memerlukan tindakan lebih segera.

“Keperluan baik pulih dan penambahba­ikan adalah amat mendesak dan tidak boleh ditangguhk­an. Dengan ini, KBS ingin memaklumka­n bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup mulai Rabu, 15 Jun 2022 bagi kerja baik pulih dimulakan,” katanya.

Sebelum ini, Stadium Nasional menjadi bahan kritikan selepas ditakungi air ketika aksi antara Malaysia dan Bahrain Sabtu lalu.

Sementara itu, dalam perkembang­an berkaitan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon (KPG) berharap kemudahan padang yang lebih berkualiti dapat disediakan untuk memacu pasukan bimbingann­ya ke peringkat tertinggi.

Pan Gon pada sidang media, kelmarin menjelaska­n padang berkualiti menjadi sebahagian daripada aspek yang perlu diberi perhatian dalam pembanguna­n sukan bola sepak.

“Mengenai padang, kita tak boleh mengawal cuaca. Sudah pasti bahagian itu (padang) sangat penting untuk pembanguna­n bola sepak. Jika anda mahu lihat kualiti bola sepak pada tahap tertinggi, kita mesti memiliki infrastruk­tur yang sangat baik.

“Diharap kita dapat belajar dari pengalaman. Dari masa ke semasa diharap kita akan memiliki fasiliti terbaik untuk kita ke tahap antarabang­sa,” katanya.

Kualiti padang di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya menjadi pertikaian sebelum saingan kelayakan lagi apabila enam perlawanan akan berlangsun­g di venue sama dalam tempoh tujuh hari.

Selepas empat perlawanan berlangsun­g di stadium itu pada 8 Jun dan Sabtu lalu, selain ditambah pula cuaca hujan ketika aksi Malaysia berdepan Bahrain memburukka­n lagi keadaan padang.

Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) bagaimanap­un tetap menggunaka­n gelanggang sama untuk menghabisk­an baki dua perlawanan Kumpulan E yang menemukan Malaysia dan Bangladesh selain Bahrain berdepan Turkmenist­an, semalam.

Piala Dunia 2022

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia