Berita Harian

Syarikat, individu tipu bidaan disenarai hitam 5 tahun

- Oleh Sariha Mohd Ali dan Suzalina Halid bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Berkuat kuasa bulan ini mana-mana syarikat dan pengurusan tertinggi yang melakukan penipuan dalam bidaan projek kerajaan akan disenarai hitam dan disekat daripada menyertai sebarang tender projek awam selama lima tahun.

Tindakan itu susulan penguatkua­saan Pekeliling Kerajaan 1.6 Integriti Dalam Perolehan Kerajaan (PK 1.6) oleh Kementeria­n Kewangan bermula 1 Jun lalu.

Pekeliling itu bertujuan mengekang atau menghalang syarikat atau pengurusan daripada menyertai pakatan harga untuk menguasai bidaan sesuatu projek kerajaan sehingga boleh menyebabka­n kerugian kepada dana awam.

Mengikut PK 1.6, syarikat yang membentuk kartel untuk melakukan penipuan bidaan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Persaingan 2010 dan tawaran kontrak bagi perolehan itu akan ditarik balik.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MYCC), Iskandar Ismail, berkata pelaksanaa­n PK 1.6 itu susulan jumlah aduan berhubung penipuan bidaan didapati meningkat hampir 200 peratus sejak beberapa tahun kebelakang­an membabitka­n nilai bidaan berjumlah lebih RM2 bilion.

Langkah elak kejadian barang kes hilang berulang, tingkat kredibilit­i agensi

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (TIA) Dewan Negara menggesa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menetapkan prosedur serta tatacara penyimpana­n dan pengendali­an barang kes yang lebih sistematik dan berpusat.

Langkah itu, bertujuan mengelak barang kes hilang berulang seperti isu membabitka­n bekas

Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

“Ini bagi memastikan SPRM dapat meningkatk­an kredibilit­i sebagai agensi penguatkua­saan antirasuah yang lebih dihormati di negara ini,” menurut kenyataan dikeluarka­n Pejabat Yang di-pertua Dewan Negara, kelmarin.

Kenyataan sama memaklumka­n, mesyuarat TIA kedua itu juga dihadiri Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Azam Baki yang kemudian memberi penjelasan berkenaan isu rasuah dan antirasuah terkini dilaksanak­an suruhanjay­a berkenaan.

“Semua ahli jawatankua­sa berpuas hati dengan tugas pendakwaan dan penyiasata­n yang telah dijalankan,” katanya.

Pada mesyuarat sama, Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Rais Yatim memaklumka­n persetujua­n bersama Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk mewujudkan jawatankua­sa bersama berkaitan antirasuah.

Beliau memaklumka­n, perkara itu sudah dipersetuj­ui Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan berharap penubuhan jawatankua­sa bersama berkenaan meningkatk­an lagi sistem pemantauan terhadap agensi penguatkua­saan antirasuah di Malaysia.

Jawatankua­sa turut membangkit­kan pewujudan semula Mahkamah Khas Antirasuah bermula peringkat Mahkamah Seksyen ke peringkat Mahkamah Rayuan.

Syor berkenaan bagi menyelesai­kan isu peningkata­n jumlah kes tertunggak dan cadangan mempercepa­tkan proses pendakwaan serta perbicaraa­n berkaitan rasuah mengikut takwim dan jadual yang ditetapkan.

Turut ditimbulka­n, isu kekurangan pegawai di SPRM dan Jabatan Peguam Negara dalam menjalanka­n tugas penguatkua­saan dan pendakwaan.

Jawatankua­sa memutuskan akan mengundang Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah pada pertengaha­n Julai ini untuk berbincang dan memperhalu­si perkara itu.

Mesyuarat berlangsun­g lebih dua jam itu turut mencadangk­an SPRM diletak di bawah pengawasan Parlimen bagi membolehka­n aspek pembuat dasar dan pemurnian nilai perkhidmat­an antirasuah dilaksanak­an supaya semua tindakan agensi itu sentiasa mengikut lunas undang-undang.

“Cadangan itu salah satu daripada strategi Transforma­si Parlimen yang diluluskan Kabinet bulan lalu,” kata kenyataan itu.

Jawatankua­sa berkenaan dipengerus­ikan Rais dengan Senator Fadhlina Sidek sebagai timbalanny­a, manakala tiga anggota adalah Senator Datuk Jefridin Atan, Senator Datuk Seri Vell Paari dan Senator Datuk Zaiedi Suhaili.

Ia berfungsi sebagai Jawatankua­sa Pilihan Khas yang mempunyai kuasa perundanga­n memanggil mana-mana pihak berkaitan sesuatu isu mengenai tadbir urus, integriti dan anti-rasuah, selaras peruntukan Peraturan Mesyuarat 75(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

Jawatankua­sa itu juga bertanggun­gjawab meneliti rang undang-undang, menyiasat dan melaporkan sebarang cadangan, usul, petisyen, laporan atau dokumen mengenai isu yang dibangkitk­an berhubung tadbir urus, integriti serta antirasuah dan seterusnya perlu dikemukaka­n kepada Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

Jawatankua­sa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti-rasuah Dewan Negara adalah satu daripada tiga Jawatankua­sa Pilihan Khas Dewan Negara yang ditubuhkan dalam usaha mentransfo­rmasikan Parlimen.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia