Berita Harian

100 koperasi di bawah ANGKASA sedia sertai ternakan ayam

- mahani@bh.com.my Oleh Mahani Ishak

Kuala Lumpur: Kira-kira 100 koperasi di negara ini berpotensi untuk terbabit dalam ternakan ayam dengan 19 daripadany­a bersedia untuk mengusahak­annya bagi mencapai sasaran menghasilk­an 30 juta ekor ayam dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, Angkatan Koperasi

Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyasarka­n bekalan 2.5 juta ekor ayam dapat dihasilkan untuk pasaran berdasarka­n satu koperasi membekal 5,000 ekor ayam sebulan.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, berkata semua koperasi diminta bekerjasam­a dengan ANGKASA untuk terbabit secara serius dalam ternakan ayam supaya memperkasa­kan lagi sumbangan gerakan koperasi terhadap kestabilan ekonomi rakyat dan negara.

“Ketika ini, keupayaan sebuah koperasi adalah menghasilk­an kira-kira 5,000 ekor ayam dalam masa sebulan dan jika 100 koperasi menyertain­ya, kita menyasarka­n 2.5 juta ekor ayam sebulan.

“Kita yakin sasaran menambah bilangan koperasi ini dari semasa ke semasa ini tercapai, berikutan permintaan ayam ini memang tersedia dalam segmen pasaran kerana harga ayam adalah lebih rendah dari sumber protein lain seperti ikan dan daging,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumka­n Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan ANGKASA akan mengusahak­an tanaman jagung bijirin skala besar dalam usaha mengurangk­an kebergantu­ngan bekalan makanan import, khususnya kepada ternakan ayam.

Perdana Menteri juga berkata, NAFAS turut menyasarka­n untuk menguasai 20 peratus pasaran dengan pengeluara­n 144 juta ekor ayam setahun, manakala 30 juta ekor lagi dikeluarka­n oleh ANGKASA.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, ketika ini projek rintis tanaman jagung berkeluasa­n 25 hektar sudah dijalankan oleh ANGKASA di Ladang Hosba, Pendang, Kedah dengan menghasilk­an 240 tan jagung bijirin untuk empat kali hasil tuaian.

“Selain itu, kita juga sudah mengenal pasti 4,000 hektar tanah di seluruh negara untuk dimajukan sebagai projek penanaman jagung bijirin dan ada antara tanah itu milik koperasi.

“Kita akan memulakan projek penanaman ini di bawah Program Pemerkasaa­n Koperasi (CEP) ANGKASA dan selepas ia kukuh, kita akan menyerahka­nnya kepada koperasi yang mempunyai kekuatan untuk meneruskan­nya,” katanya.

Setakat ini, ANGKASA sudah meluluskan peruntukan RM14.26 juta bagi menjalanka­n projek baharu, termasuk penanaman jagung bijirin.

Abdul Fattah berkata, sampai masanya koperasi meluaskan lagi jaringan perniagaan­nya dan tidak hanya terbabit dalam sektor pembekalan sahaja.

“Koperasi perlu rebut peluang dalam semua peringkat iaitu pembiakan, penyediaan makanan melalui penanaman jagung bijirin, penyediaan reban, logistik dan rantaian pembekalan sehingga kepada pengguna.

“Justeru, pengeluara­n jagung bijirin ini juga penting kerana ia adalah salah satu daripada faktor yang menyumbang kepada harga ayam yang kian meningkat pada ketika ini,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob, berkata tanah seluas 12,140 hektar di Kelantan dan Terengganu dikenal pasti berpotensi

dimajukan bagi tanaman jagung bijirin berskala besar.

Beliau berkata, semua tanah berkenaan adalah milik pengusaha tanaman tembakau dan tanah itu didapati sesuai untuk tanaman jagung.

“Perbincang­an pertama dengan pemilik tanah dilakukan baru-baru ini dan mereka bersetuju. Bagaimanap­un, perbincang­an seterusnya akan dilakukan lagi untuk merealisas­ikan hasrat penanaman jagung bijirin itu,” katanya.

Kita juga sudah mengenal pasti 4,000 hektar tanah di seluruh negara untuk dimajukan sebagai projek penanaman jagung bijirin dan ada antara tanah itu milik koperasi Abdul Fattah Abdullah,

Presiden ANGKASA

 ?? (Foto hiasan) ?? Pelbagai strategi dirancang NAFAS dan ANGKASA bagi meningkatk­an pengeluara­n serta memenuhi permintaan ayam di pasaran.
(Foto hiasan) Pelbagai strategi dirancang NAFAS dan ANGKASA bagi meningkatk­an pengeluara­n serta memenuhi permintaan ayam di pasaran.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia