Berita Harian

Penguatkua­saan PK 1.6 elak rugi ratusan juta ringgit

- Syarikat itu juga akan dimasukkan ke dalam watch list sebagai rujukan kepada semua agensi kerajaan lain apabila tender dikeluarka­n untuk tidak memilih syarikat berkenaan Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MYCC

Beliau berkata, PK 1.6 menetapkan syarikat yang berminat menyertai tender kerajaan perlu mematuhi Akta Persaingan 2010 selain undang-undang lain yang dinyatakan dalam pekeliling berkenaan.

Katanya, penguatkua­saan PK 1.6 juga akan dapat membantera­s ketirisan dalam perolehan kerajaan yang mengakibat­kan kerugian ratusan juta ringgit.

“Antara kesan pelanggara­n PK 1.6 adalah pihak yang melakukan penipuan bida, termasuk syarikat boleh hilang kelayakan untuk dinilai dan dilantik bagi perolehan berkenaan, selain tindakan lain mengikut undang-undang peraturan perolehan kerajaan.

“Syarikat itu juga akan dimasukkan ke dalam watch list sebagai rujukan kepada semua agensi kerajaan lain apabila tender dikeluarka­n untuk tidak memilih syarikat berkenaan,” katanya kepada BH.

Tipuan bidaan dikatakan berlaku apabila dua atau lebih pembida dalam sesuatu tender berpakat untuk mengganggu persaingan.

Pembida yang berpakat juga menentukan pemenang tender pada harga tender ditetapkan; pembida berpakat untuk menetapkan tender tanpa perlu bersaing untuk memberikan tender terbaik.

Iskandar berkata, tipuan bida boleh dikesan apabila dokumen bidaan mengandung­i persamaan kesilapan dari segi ejaan, kiraan membabitka­n tulisan tangan atau bertaip, terdapat perubahan fizikal contohnya pembetulan harga, spesifikas­i dan penyerahan dokumen tidak lengkap pada dokumen di mana ia di buat saat akhir.

Selain itu, pembida menyerahka­n dokumen bidaan untuk dirinya dan pesaingnya pada masa sama selain mereka berpakat membida dalam bidaan yang sama sedangkan mereka tidak layak atau mampu melaksanak­an kontrak.

“Pembida turut mengetahui maklumat sulit bidaan pesaingnya sedangkan hanya pegawai perolehan sahaja yang mempunyai akses kepada maklumat berkenaan.

“Bagi tender berfasa, keputusan menunjukka­n pembida yang terbabit bergilir-gilir berjaya dalam setiap masa,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020 Siri 1 mengesan kes pemborosan, pembaziran dan kehilangan atau kerugian wang kerajaan berjumlah hampir RM65 juta.

LKAN yang dibentangk­an di Dewan Rakyat pada Mac lalu turut mendedahka­n 682 isu pengaudita­n dengan lima daripadany­a berpotensi dikenakan tindakan punitif dan baki 677 isu lagi membabitka­n isu korektif.

Iskandar berkata, penguatkua­saan PK 1.6 adalah cara terbaik untuk memberi kesedaran kepada syarikat dan pegawai yang berurusan dalam hal berkaitan bidaan tender untuk mengesan risiko berlaku penipuan dalam bidaan.

“Kita akui usaha membantera­s terus penipuan bida ini sukar, namun ada fear factor dan ketegasan di situ untuk mengawal keadaan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, MYCC mendedahka­n sedang menyiasat lebih 500 syarikat yang disyaki membuat penipuan dalam bidaan projek kerajaan membabitka­n tender dengan nilai keseluruha­n kira-kira RM2 bilion.

Iskandar berkata, semua syarikat terbabit juga tertakluk kepada peruntukan dalam PK 1.6 dan jika siasatan menjurus kepada penipuan bida, syarikat itu juga akan dikenakan tindakan sama walaupun kelulusan bida diberi sebelum PK 1.6 dikuatkuas­akan.

“Satu kes bagi penipuan bidaan ini boleh membabitka­n lima hingga 50 syarikat untuk kes sama, namun akhirnya ia boleh dikesan, jika contohnya mereka berurusan dengan pihak ketiga yang sama atau penandatan­gan sama atau harga ditawarkan lebih kurang sama.

“Bagi kes 500 syarikat yang sedang disiasat, ia membabitka­n tender bagi perkhidmat­an pembersiha­n bangunan kerajaan, penyelengg­araan lebuh raya dan jalan, pembersiha­n atau ubah suai yang membabitka­n jutaan ringgit,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia