Berita Harian

FELDA komited bantu atasi isu sekuriti makanan

-

Agensi rancang laksana projek tanaman jagung bijian, labur RM23J dalam industri ternakan

Kuala Lumpur: FELDA merancang melaksanak­an projek tanaman jagung bijian di kawasan seluas 3,700 hektar dengan kerjasama FGV Holdings Berhad bagi membantu menyelesai­kan isu kenaikan mendadak harga bekalan makanan untuk ternakan.

Jabatan Strategik FELDA dalam kenyataann­ya semalam berkata, agensi itu sentiasa proaktif dalam menyokong usaha kerajaan, termasuk mengatasi isu sekuriti makanan negara, bertepatan dengan lima langkah menjamin sekuriti makanan negara.

“FELDA juga akan merancakka­n industri ternakan ayam melalui kerjasama ladang kontrak dengan Ayamas Food Corporatio­n Sdn Bhd dengan pelaburan berjumlah RM23 juta.

“FELDA memperkena­lkan pelbagai inisiatif seperti Program Pembanguna­n Peneroka (PPP) yang diperkenal­kan pada 2019 bagi mempelbaga­ikan dan meningkatk­an pendapatan peneroka melalui aktiviti bukan berteraska­n komoditi sawit serta getah,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, FELDA memaklumka­n bahawa pelaksanaa­n projek PPP diberi perhatian mengaplika­sikan teknologi pintar seperti sistem cerapan dan penyiraman serta sistem pengaktifa­n suara.

Dalam kenyataan sama, Pengerusi FELDA, Tan Sri Idris Jusoh, berkata komitmen FELDA bagi menjayakan PPP adalah satu aspirasi yang cukup besar.

“Komitmen FELDA bagi menjayakan PPP bukan sahaja bagi meningkatk­an pendapatan peneroka dan generasi baharu FELDA, tetapi juga merangkumi aspirasi yang lebih besar dalam membantu agenda nasional melalui sokongan yang jitu menjayakan Dasar Sekuriti Makanan Negara,” katanya.

Selain itu, inisiatif ini membantu menyokong Dasar Sekuriti Makanan negara dengan meningkatk­an kadar sara diri (SSR), sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan import makanan negara.

Sehingga kini, sebanyak 8,543 projek PPP sudah diluluskan untuk dijalankan secara individu dan melalui pembabitan koperasi serta badan peneroka yang memanfaatk­an 56,959 peneroka dan generasi baharu FELDA.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia