Berita Harian

Pengimport diberi amaran tak salah guna kebenaran

-

Putrajaya: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI) memberi amaran kepada pengekspor­t untuk tidak menyalahgu­nakan kebenaran khas mengekspor­t tiga jenis komoditi ayam.

Dalam satu kenyataann­ya, MAFI mengesahka­n tiga komoditi terbabit ialah ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam, semua produk berasaskan ayam dan Day Old Chick (DOC) (anak ayam berusia sehari) Parent Stock (ayam pembiak baka) sahaja.

Bagaimanap­un, larangan eksport untuk ayam pedaging (commercial broiler), ayam bulat, keratan ayam dan anak ayam DOC umur sehari ayam pedaging masih kekal berkuat kuasa.

MAFI menegaskan, mereka melanggar syarat yang sudah ditetapkan boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan, denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

“Justeru, kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanak­an oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin Dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS), sebarang aktiviti mengekspor­t komoditi berkenaan tidak dibenarkan.

“Konsainan eksport komoditi itu perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit,” kata kenyataan itu.

Katanya, sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai larangan eksport komoditi ayam, boleh dikemukaka­n melalui e-mel kepada feedback@maqis.gov.my.

 ?? ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia