Berita Harian

Pembangkan­g setuju Johor tukar cuti hujung minggu

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Sokongan PH, MUDA bantu kerajaan negeri wujudkan ekosistem ekonomi lebih baik

Johor Bahru: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Johor menyokong cuti hujung minggu negeri ini ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad.

Serentak itu, Ketua Pembangkan­g Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Liew Chin Tong, berkata ADUN PH dan MUDA Johor menyokong usaha kerajaan negeri untuk mengkaji semula pelaksanaa­n cuti hujung minggu Johor seperti diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kelmarin.

Beliau menegaskan, sokongan dwipartisa­n PH dan MUDA itu diharap dapat membantu kerajaan negeri mewujudkan ekosistem ekonomi yang lebih baik, khususnya dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan ke Johor.

“Ia tentunya akan memberi kesan positif kepada usaha memulihkan ekonomi Bangsa Johor dalam fasa endemik,” katanya yang juga Pengerusi DAP Johor, dalam satu kenyataan, semalam.

Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu, PH menyandang 11 daripada 46 kerusi DUN membabitka­n 10 wakil DAP serta masing-masing seorang wakil PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), manakala MUDA pula mempunyai seorang wakil.

Chin Tong yang juga ADUN Perling, berkata penetapan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad, berbanding Jumaat dan Sabtu pada masa ini juga diharap dapat menyelaras­kan perbezaan cuti sektor awam dan swasta di Johor yang mempunyai waktu terhad untuk meluangkan masa bersama keluarga.

“Ini akan memberi nilai tambah kepada kehidupan warga Johor yang seimbang dan lebih baik dan dapat memberi impak positif kepada peningkata­n kecekapan dan produktivi­ti pekerja,” katanya.

Kelmarin, Onn Hafiz dipetik berkata, kerajaan negeri akan mengkaji semula cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu ketika ini berikutan banyak keluhan disuarakan rakyat.

Menteri Besar berkata, beliau maklum mengenai keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza di antara pihak kerajaan dan swasta.

“Kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini supaya ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama,” katanya lagi sambil memberi jaminan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mendapat kaedah yang tuntas.

Cuti minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 susulan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pemilihan PKR

 ?? ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia