Berita Harian

Laporan siasatan audit forensik dijangka dibentang Ahad ini

-

Kuala Lumpur: Laporan siasatan audit forensik pemilihan PKR dijangka dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP), Ahad ini.

Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa, berkata pasukan pakar digital yang dilantik kini masih dalam proses menyiapkan laporan berkenaan.

Katanya, seperti yang sedia maklum, JPP sudah memohon diberikan sedikit masa bagi memuktamad­kan keputusan pemilihan parti sebelum ia dapat dibentangk­an pada Kongres Nasional 2022, bulan depan.

“Majlis Pimpinan Pusat (MPP) setuju dan mereka memberikan sedikit masa supaya pakar digital dapat melakukan siasatan dan kita jangka Ahad ini laporan itu dibentangk­an kepada JPP.

“Selepas berpuas hati dengan laporan itu, baru kita kemukakan kepada setiausaha agung bagi membolehka­n senarai pemenang Pemilihan PKR 2022 pada peringkat cabang serta sayap cabang dan peringkat pusat diserahkan kepada pejabat setiausaha agung,” katanya kepada BH.

Jumaat lalu, Zaliha memaklumka­n JPP PKR memerlukan sedikit masa bagi memuktamad­kan keputusan pemilihan parti selepas pakar digital melaksanak­an audit secara menyeluruh terhadap sistem yang dibangunka­n.

Dengan langkah itu, PKR memaklumka­n penangguha­n kongres nasional yang asalnya dijadualka­n 24 dan 25 Jun kepada 15 hingga 17 Julai depan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setiausaha agung memerlukan keputusan pemenang pemilihan PKR 2022 bagi membolehka­n surat jemputan menghadiri kongres nasional diedarkan.

Difahamkan, pejabat setiausaha agung memerlukan notis dua

Pengerusi JPP minggu atau 14 hari untuk memanggil kongres nasional.

Sebelum ini dilaporkan lebih 2,000 aduan diterima JPP sepanjang pemilihan PKR 2022 berlangsun­g termasuk aduan ketika pencalonan, proses pengundian dan keputusan tidak rasmi yang diumumkan 29 Mei lalu.

Mengulas aduan diterima JPP, Zaliha berkata, aduan berkaitan pemilihan ditutup pada 3 Jun lalu, namun ahli masih boleh mengemukak­an aduan tetapi aduan mereka tidak akan diambil kira dalam siasatan sedang dijalankan jawatankua­sa terbabit.

“Kita tetapkan tarikh penutupan aduan supaya tidak timbul pertindiha­n siasatan. Lagipun, daripada pemerhatia­n, kebanyakan aduan adalah berulang daripada orang berbeza, membabitka­n isu sama dan menjadikan jumlahnya mencecah 2,000 diterima Panel Aduan JPP,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia