Berita Harian

Konsep diyat perlu adil kepada keluarga mangsa

Pampasan patut setimpal, mampu hapus dendam waris

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Mansuh hukuman mati mandatori

Jika keluarga mangsa bersetuju maafkan kesalahan pesalah, ia bukan maaf kosong tetapi perlu disusuli pampasan setimpal kecuali jika memang ada keluarga sudi memaafkan begitu saja Faridah Jalil,

Pensyarah Undang-undang Perlembaga­an UKM

Kuala Lumpur: Konsep diyat (pampasan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan tindakan jenayah) boleh dilaksanak­an di Malaysia, namun ia perlu adil terutama terhadap keluarga mangsa.

Pensyarah Undang-undang Perlembaga­an Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datin Dr Faridah Jalil, berkata konsep yang kini dalam proses pertimbang­an sebagai ganti hukuman mati mandatori itu juga perlu ada kerangka undang-undang sebelum dilaksanak­an.

Katanya, konsep ini sebenarnya bukan baharu, malah banyak negara termasuk Amerika Syarikat sudah menggunaka­nnya yang mempunyai persamaan dengan bayaran pampasan.

“Apa yang penting memastikan konsep ini dapat memberikan keadilan kepada pihak terbabit dan pada masa sama, tidak menyebabka­n keluarga mangsa menyimpan perasaan dendam.

“Ini kerana prinsip undang-undang hukuman mati mandatori yang diadakan sebelum ini dalam kebanyakan budaya dan ajaran bertujuan menghilang­kan perasaan dendam.

“Jika ada keluarga mangsa kes pembunuhan, dapat dilihat perasaan mereka lain kerana kehilangan ahli keluarga dengan cara yang sukar diterima,” katanya kepada BH.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata pihaknya akan mempertimb­angkan menggunaka­n konsep diyat sebagai hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori akan dibincangk­an secara lebih mendalam.

Beliau berkata, perkara itu termasuk jika ada keperluan menubuhkan jawatankua­sa khas, akan diuruskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang difahamkan turut mendapatka­n pandangan pihak berkaitan dalam isu berkenaan.

Dr Faridah berkata, penting untuk memahami hukuman yang akan dijatuhkan kepada pesalah, perlu menghilang­kan perasaan dendam dalam diri keluarga mangsa.

Katanya, dalam Islam bayaran diyat iaitu bersamaan 100 unta dan perlu dilihat sama ada bayaran itu setimpal serta boleh melegakan perasaan marah.

“Di Malaysia kerana tiada unta, boleh samakan dengan lembu dan adakah nilai 100 lembu boleh melegakan perasaan dendam ahli keluarga mangsa.

“Ini yang perlu difikirkan. Boleh bayar diyat tetapi takkan apabila bunuh orang mahu bayar RM1,000 saja, ini tidak boleh.

“Ada kes cacat ilat bayaran pampasan yang diputuskan mahkamah akan dikira umur sekarang sehingga jangkaan jangka hayat dan bayaran diterima memang banyak hingga ratusan ribu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kemampuan pesalah dan keluargany­a juga perlu diteliti sama ada mampu membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

“Konsep ini boleh dilaksanak­an tetapi perlu kajian mendalam dan teliti, selain turut membuat tinjauan umum kepada orang awam sama ada mereka setuju dilaksanak­an di Malaysia,” katanya.

Dr Faridah berkata, kerajaan boleh menjadikan negara yang sudah melaksanak­an konsep berkenaan sebagai panduan..

“Jika keluarga mangsa bersetuju maafkan kesalahan pesalah, ia bukan maaf kosong tetapi perlu disusuli pampasan setimpal kecuali jika memang ada keluarga sudi memaafkan begitu saja,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia