Berita Harian

Penyelidik UMS bangunkan modul STEM COVID-19

-

Kota Kinabalu: Penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya membangunk­an modul Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) COVID-19 yang mengaitkan pembelajar­an bidang berkenaan dengan aspek kesihatan murid.

Modul berasaskan konsep STEM itu diusahakan kumpulan penyelidik Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS, diketuai Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Dr Connie Cassy Ompok menggunaka­n Geran Penyelidik­an Khas Pasca COVID-19.

Connie berkata, modul itu juga dibangunka­n untuk membantu guru mendidik murid kepentinga­n penjagaan kebersihan diri dan kesannya terhadap penaakulan moral murid.

“Modul ini menggunaka­n pendekatan inkuiri bagi memberi peluang murid mempelajar­i isu semasa seperti COVID-19 dan pada masa sama membabitka­n diri secara aktif dalam penerokaan setiap akiviti yang berkaitan pembelajar­an STEM.

“Pembelajar­an kesihatan ini membawa murid meneroka punca seseorang mudah dijangkiti penyakit dan kaedah yang boleh menghindar­kan diri daripada dijangkiti,” katanya, semalam. Beliau bersama beberapa penyelidik lain dari FPP UMS, iaitu Dr Noraini Said dan Phreoza Dayzency Missie memilih membangunk­an modul berkenaan di bawah bimbingan penasihat projek, Prof Datuk Dr Noraini Idris.

Ketika fasa pembanguna­n modul, katanya, timbul persoalan mengenai strategi terbaik dalam memperkena­l STEM kepada murid, di samping membantu mereka mengetahui amalan kebersihan perlu diterapkan.

“Bagi menjawab persoalan itu, murid didedahkan dengan 10 aktiviti berkaitan kebersihan diri menggunaka­n pembelajar­an STEM, seterusnya membantu penaakulan moral murid seiring perkembang­an semasa fasa peralihan ke endemik COVID-19,” katanya.

 ?? (Foto ihsan UMS) ?? Murid tadika melakukan aktiviti menggunaka­n modul STEM COVID-19
(Foto ihsan UMS) Murid tadika melakukan aktiviti menggunaka­n modul STEM COVID-19
 ?? ?? Connie Cassy Ompok
Connie Cassy Ompok

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia