Berita Harian

MDEC tawar RM50,000 bangun kandungan digital

- Oleh Azhar Shahrulniz­am bhnews@bh.com.my

Permohonan pembiayaan dalam bentuk geran dibuka bermula semalam sehingga 29 Julai

Kuala Lumpur: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (K-KOM) menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 dalam bentuk geran untuk pihak yang berhasrat membangunk­an kandungan digital.

Permohonan bagi 2022 dibuka bermula semalam sehingga 29 Julai depan bagi membantu syarikat, perusahaan dan syarikat milikan tunggal atau perkongsia­n liabiliti terhad membangunk­an kandungan baharu atau sedia ada di pasaran dalam bentuk animasi, komik digital, media interaktif dan permainan digital.

Geran berkenaan diperkenal­kan pada 2021 di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia bertujuan membantu dan menggalakk­an kesinambun­gan serta kemapanan pengamal industri kreatif negara selaras norma baharu berikutan pandemik COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata pada 2021, MDEC menerima 111 permohonan sebelum meluluskan RM1.9 juta memanfaatk­an 39 pemohon dan Geran Kandungan Digital 2022 adalah sebahagian siri inisiatif pembiayaan untuk industri kandungan kreatif bagi tahun ini.

“Melalui Geran Kandungan Digital 2022, MDEC bukan sahaja menyediaka­n akses kepada pembiayaan, malah membantu industri dalam penghasila­n kandungan digital yang boleh dipasarkan. Idea mereka akan dinilai panel daripada pakar industri.

“Sekiranya terpilih, pemohon akan dijemput ke sesi pembentang­an pada Ogos sebelum kelulusan geran diumumkan pada September. Selepas mendapat kelulusan, penerima geran akan diberi tempoh enam bulan bagi menyiapkan kandungan digital mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kandungan digital merangkumi sama ada filem animasi pendek, episod ‘pilot’ (percubaan), ekstrak (trailer) pendek, kandungan untuk pengumuman pesanan khidmat awam, permainan digital/media interaktif lengkap (demo atau prototaip) atau komik digital/komik bergerak lengkap.

Annuar berkata, Geran Kandungan Digital 2022 sangat penting bagi pencipta kandungan digital merealisas­ikan idea untuk dipasarkan kerana mereka mempunyai idea yang menarik, tetapi sukar untuk memula dan mendapatka­n dana.

“Pada 2016, MDEC meluluskan 94 projek bernilai RM36.4 juta kepada syarikat kandungan kreatif digital bagi membiayai idea mereka di peringkat pembanguna­n. Industri kandungan kreatif digital antara industri yang pantas berkembang dan salah satu industri tumpuan di bawah Digital

Menteri Komunikasi dan Multimedia

Malaysia.

“Oleh itu, MDEC komited memastikan industri ini menerima sokongan yang diperlukan untuk kekal berdaya maju, mampan dan kompetitif,” katanya meminta pihak berminat memohon Geran Kandungan Digital 2022 melayari https://mdec.my/dcgprisma2­022 untuk maklumat lanjut.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia