Berita Harian

Terjemahan Khutbah Arafah ke bahasa Melayu diteruskan

-

Kuala Lumpur: Inisiatif terjemahan langsung Khutbah Hari Arafah dari Makkah, Arab Saudi ke 10 bahasa termasuk bahasa Melayu akan diteruskan pada musim haji kali ini.

Ketua Pengarah Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-sudais, berkata inisiatif ini bagi membolehka­n jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia yang mendapat akses secara langsung, memahami kandungan teks khutbah.

Khutbah musim haji 1443H berserta terjemahan langsung akan disiarkan dalam 10 bahasa; Inggeris, bahasa Melayu, Urdu, Farsi, Perancis, Cina, Turki, Russia, Hausa dan Bengali.

“Selepas ini akan lebih dari itu (10 bahasa) kerana menjadi kewajipan kami di Haramain untuk menyampaik­an kepada semua, setiap pengisian (mengenai) kebenaran, keadilan, kebajikan, kesederhan­aan, toleransi, menolak ketaksuban dan kebencian dari tanah suci ini,” katanya dalam wawancara saluran televisyen Alekhbariy­a, Arab Saudi baru-baru ini.

Alekhbariy­a turut melaporkan khutbah Arafah akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan radio tempatan selain tiga aplikasi pintar (Arafat, Haramain dan Manaret Haramain) serta portal jabatan berkenaan.

Untuk rekod, inisiatif terjemahan Khutbah Arafah sudah dimulakan sekitar 2018 dengan hanya lima bahasa iaitu Inggeris, Perancis, Farsi, bahasa Melayu dan Urdu.

Pada tahun kedua pelaksanaa­nnya, bahasa Cina ditambah. Tahun 2021, sebanyak empat lagi bahasa dimasukkan. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia