Berita Harian

1.9 juta kediaman tidak didiami

-

Kuantan: Jabatan Perangkaan (DOSM) merekodkan 1.9 juta daripada 9.6 juta kediaman di seluruh negara tidak didiami.

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata berdasarka­n penemuan Banci Malaysia 2020, berbanding 2010 hanya 1.2 juta kediaman kosong direkod yang menunjukka­n penambahan 700,000 kediaman.

“Statistik itu turut merekodkan sebanyak 18 peratus kediaman di Pahang yang dibeli tidak didiami sepenuhnya dan Melaka pula merekodkan lebih 30 peratus kediaman tidak didiami.

“Antara faktor ialah kediaman dibeli itu tidak didiami dan dijadikan rumah persinggah­an, homestay dan lain-lain kerana pemilik bekerja di tempat lain,” katanya.

Mohd Uzir berkata demikian pada sidang media sempena Program Jelajah Banci Malaysia: Pahang Bersama Media di sini, semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata, Bancian Malaysia 2020 turut merekodkan penduduk negara ini berjumlah 32.4 juta orang.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 17 juta adalah golongan lelaki manakala 15.5 juta pula wanita.

“Nisbah jantina pula 113 lelaki bagi setiap 100 wanita,” katanya.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata, DOSM yang baharu membangunk­an platform data terbuka generasi baharu dikenali sebagai ‘KAWASANKU’ sedang meningkatk­an kesedaran mengenai kewujudan platform itu kepada rakyat negara ini.

Katanya, ini kerana KAWASANKU mengandung­i informasi berkaitan profil demografi penduduk berdasarka­n penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

“Dengan mengakses KAWASANKU melalui https://kawasanku.dosm.gov.my/, rakyat boleh mendapatka­n maklumat berkaitan memaparkan statistik kependuduk­an dan indikator demografi serta sosioekono­mi,” katanya.

Platform KAWASANKU boleh menjadi nadi kepada perancanga­n lebih khusus dan spesifik mengikut bidang fokus di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai rujukan dan analisis perbanding­an.

 ?? (Foto Farizul Hafiz Awang/bh) ?? Mohd Uzir (tengah) bersama Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang, Khairolniz­am Hassan (kiri) dan Pengarah Kanan Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi, Wan Mohd Shahrulniz­am Wan Mohd Bajuri melihat kandungan buku mengenai Jelajah Banci Malaysia di Kuantan, semalam
(Foto Farizul Hafiz Awang/bh) Mohd Uzir (tengah) bersama Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang, Khairolniz­am Hassan (kiri) dan Pengarah Kanan Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi, Wan Mohd Shahrulniz­am Wan Mohd Bajuri melihat kandungan buku mengenai Jelajah Banci Malaysia di Kuantan, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia