Berita Harian

Stesen LRT sesak teruk, ramai lewat masuk kerja

- Oleh Ercy Gracella Ajos bhnews@bh.com.my

Eskalator rosak, penguranga­n kekerapan perjalanan tren antara punca

Kuala Lumpur: Penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) merungut berikutan kesesakan yang semakin teruk di stesen sejak kebelakang­an ini terutama di waktu puncak sehingga menyebabka­n ramai yang terkandas dan lewat sampai ke tempat kerja.

Selepas berakhir musim cuti dan ramai yang kembali bekerja minggu ini, kesesakan ketara berlaku di beberapa stesen termasuk Pasar Seni, semalam dan kelmarin, antara lain dikatakan berpunca infrastruk­tur seperti eskalator rosak dan penguranga­n kekerapan perjalanan tren.

Kesesakan berlaku pada waktu puncak di Stesen Pasar Seni berlaku kira-kira jam 8 pagi hingga 9 pagi semalam dan difahamkan perkara sama berlaku pagi kelmarin.

Kesesakan itu turut tular di media sosial selepas warga maya berkongsi keadaan di stesen apabila ramai penumpang tidak dapat meneruskan perjalanan pergi bekerja dengan ada yang mengatakan hanya 50 peratus daripada semua pengguna LRT dapat sampai di tempat kerja.

Seorang pengguna Twitter, Shahredzan Johan dalam ciapnya semalam menyebut, “Hari ini saja, melalui Twitter, begitu banyak isu yang diadu oleh pengguna pengangkut­an awam. Sekali lagi saya tegaskan, kita tidak expect (jangka) kerajaan settle (selesaikan) setiap isu kemudahan dan teknikal yang ada. Tapi menteri boleh bagi direction (hala tuju) dasar, contohnya. Jadi mana @weekasiong­mp?,” katanya.

Bagaimanap­un, tinjauan di beberapa stesen LRT termasuk Pasar Seni dan KLCC kira-kira jam 10.30 pagi semalam mendapati kawasan sesak yang tular di media sosial sudah pun lenggang.

Pekerja di sebuah gerai di stesen LRT terbabit yang enggan dikenali berkata kawasan itu dipenuhi orang ramai sekitar jam 8 pagi.

“Memang ramai orang pagi tadi (semalam), lagi-lagi sekarang ini semua sudah bekerja di pejabat, jadi itu mungkin sebab kesesakan ini berlaku,” katanya sambil menambah kesesakan mungkin berpunca kekerapan perkhidmat­an tren berkurang kepada setiap 5 minit berbanding sebelumnya, setiap 3 minit.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati eskalator di beberapa stesen LRT rosak dan dipercayai menyebabka­n kesesakan utama pada waktu puncak iaitu waktu pagi dan petang ketika orang ramai pergi dan pulang dari kerja.

Pekerja swasta, Avie Malinah Lampisung, 26, berkata kerosakan eskalator sangat membebanka­n lebih-lebih lagi pada waktu puncak ketika orang ramai terpaksa beratur panjang.

“Saya berharap agar pihak berkaitan melakukan pembaikan dengan cepat sebab keadaan ini sudah lama. Kerosakan berlaku sebelum PKP (Perintah Kawalan

Pergerakan) lagi,” katanya.

Pekerja swasta yang hanya mahu digelar Shahrul, 30, berharap pihak Prasarana (Prasarana Malaysia Berhad) mencari jalan penyelesai­an dengan segera bagi mengatasi kerosakan kemudahan itu kerana selain menjadilal­uan utama pengguna, ia juga menjadi laluan utama untuk kepusat beli-belah di sekitar ibu kota.

“Kasihan orang tua yang datang ke pusat beli-belah, sebab bila eskalator rosak, mereka terpaksa naik tangga dan ia tidak selamat untuk mereka,” katanya.

 ?? (Foto tular di Twitter) ?? Ramai penumpang yang menggunaka­n LRT di Stesen Pasar Seni, Kuala Lumpur untuk pergi bekerja, terkandas akibat kesesakan luar biasa pagi semalam.
(Foto tular di Twitter) Ramai penumpang yang menggunaka­n LRT di Stesen Pasar Seni, Kuala Lumpur untuk pergi bekerja, terkandas akibat kesesakan luar biasa pagi semalam.
 ?? (Foto Aswadi Alias /BH) ?? Orang ramai menggunaka­n tangga susulan eskalator yang masih dalam penyelengg­araan ketika tinjauan di Stesen LRT Pasar Seni.
(Foto Aswadi Alias /BH) Orang ramai menggunaka­n tangga susulan eskalator yang masih dalam penyelengg­araan ketika tinjauan di Stesen LRT Pasar Seni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia