Berita Harian

Lelaki kena dakwa jual gambar lucah di Twitter

-

Sepang: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah menjual gambar lucah di Twitter, di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohammad Hafizzul Anas Kamaruzama­n, 30, selaku Orang Kena Saman (OKS) melakukan kegiatan berkenaan menggunaka­n akaun atas nama @lelakilela­kise1 dalam keadaan sedar memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Bagi hantaran yang dilihat pada 17 Mei 2019, jam 10.50 pagi di Tingkat 8, Menara MCMC 1, Jalan IMPACT, Cyber 6, di Cyberjaya, OKS didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang boleh dihukum bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutny­a sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Kes dikendalik­an Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala OKS tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Julai ini bagi sebutan semula kes.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohammad Hafizzul tiba di Mahkamah Sesyen Sepang, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohammad Hafizzul tiba di Mahkamah Sesyen Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia