Berita Harian

Mahkamah tolak permohonan MAIPS jadi pencelah

-

Kes perceraian Loh Siew Hong

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam, menolak permohonan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) untuk menjadi pencelah dalam petisyen perceraian antara ibu tunggal, Loh Siew Hong dan bekas suaminya, Muhammad Nagashwara­n Muniandy, yang kini memeluk Islam bersama tiga anak mereka.

Hakim Evrol Mariette Peters berkata, keputusan itu diambil selepas MAIPS gagal membuktika­n kepentinga­n mereka dalam petisyen berkenaan.

“Anak Siew Hong bukan anak yatim piatu dan tidak tergolong dalam komuniti di Perlis. Anak itu tinggal di Selangor dan hanya pergi ke Perlis untuk memeluk agama Islam sahaja.

“MAIPS turut gagal mendapatka­n pandangan bekas suami Siew Hong dalam kes membabitka­n hak penjagaan anak mereka. Keputusan dibuat mengikut undang-undang mahkamah dan tidak timbul juga dakwaan busy body (penyibuk) dalam hal ini,” katanya.

Turut hadir pada prosiding, peguam MAIPS, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar; peguam Siew Hong, A Srimurugan dan Dr Shamsher Singh Thind serta peguam Muhammad Nagashwara­n, Malcolm Fernandez.

Selain itu, mahkamah mengarahka­n MAIPS membayar RM8,000 sebagai jumlah kos kepada Siew Hong.

Pada 7 Mac lalu, MAIPS memfailkan permohonan sebagai pencelah bagi mendapat akses bantuan, panduan dan pendidikan berkenaan Islam kepada tiga kanak-kanak berkenaan, selain sokongan dalam bentuk kewangan daripada dana zakat serta bantuan lain dibenarkan syarak melalui ibu mereka sendiri.

Sementara itu, Mohamed Haniff berkata, hakim belum memberi penghakima­n penuh terhadap permohonan dibuat MAIPS itu.

“Namun, hakim hanya akan memberi penghakima­n penuh jika ada pihak yang merayu atau ada permintaan. Kami sebagai peguam bela akan memberi nasihat kepada MAIPS untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia