Berita Harian

Pegawai, anggota polis cedera kereta dirempuh

- Oleh Izad Thaqif Hassan bhnews@bh.com.my

Suspek disyaki pengedar dadah sudah dikenal pasti

Sungai Petani: Dua anggota polis cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh suspek pengedar dadah di Taman Ria Jaya, jam 3 pagi kelmarin.

Pegawai berpangkat inspektor dan anggota berpangkat lans koperal cedera terkena serpihan cermin kereta.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata anggotanya cuba menahan kereta suspek Lorong Gemelan, tetapi suspek enggan berhenti dan melanggar kenderaan polis.

“Seorang pegawai cedera di tangan, manakala seorang lans koperal cedera di lutut kanan, selepas terkena serpihan cermin kereta yang pecah.

“Suspek memecut keretanya ke Kampung Haji Wahab sebelum melarikan diri ke kawasan semak.

“Polis merampas kenderaann­ya ke untuk tindakan lanjut dan pemeriksaa­n dalam kereta terbabit tidak menemui sebarang benda terlarang,” katanya.

Zaidy berkata, suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesanny­a sedang giat dijalankan.

Dalam kes berasingan, beliau berkata, seorang mekanik memandu melawan arus selepas dikejar kereta peronda polis di Jalan Pekan Sungai Lalang, dekat sini, kelmarin.

Katanya, kejadian pada jam 1.30

Ketua Polis Daerah Kuala Muda tengah hari itu menyebabka­n empat lagi kenderaan rosak dilanggar kereta mekanik berusia 36 tahun berkenaan.

Beliau berkata, suspek enggan memberhent­ikan kereta ketika diarahkan anggota polis untuk pemeriksaa­n di stesen minyak di Bedong.

“Suspek berjaya ditahan dan pemeriksaa­n dalam keretanya, menemui sebilah parang, tiga peket dadah jenis syabu dan dua peket dadah jenis heroin,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan 1958, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia