Berita Harian

Ejen perumahan ditahan kali kedua lombong bitcoin

-

Putrajaya: Polis menahan seorang ejen perumahan kerana menjalanka­n kegiatan melombong mata wang digital bitcoin secara haram, kelmarin, kali kedua selepas ditahan di atas kesalahan sama, tiga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata lelaki warga tempatan berusia 34 tahun itu ditahan di Taman Putra Prima, Puchong.

Katanya, sebelum ini lelaki berkenaan ditahan di Putra Perdana kerana terbabit dalam kes curi elektrik.

Beliau berkata, polis menerima aduan daripada orang awam bunyi bising di sebuah rumah yang disyaki menjalanka­n aktiviti perlombong­an bitcoin.

“Hasil siasatan polis ke rumah berkenaan mendapati terdapat mesin bitcoin di bahagian ruang tamu dan bilik tidur,” katanya.

Wan Kamarul berkata, hasil semakan ke atas pemilik kediaman mendapati salinan pada surat perjanjian sewa rumah yang dikemuka oleh ejen bukan menggunaka­n pemilik asal.

Beliau berkata, Tenaga Nasional Bhd juga mengesahka­n berlaku kecurian elektrik.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia