Berita Harian

TLDM gagalkan cubaan seludup 11 pendatang asing

-

Lumut: Cubaan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyusup masuk ke negara ini melalui jalan laut, gagal apabila bot dinaiki mereka dipintas pihak berkuasa malam kelmarin.

Bot dinaiki PATI berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu ditahan pada kedudukan dekat Tanjung Penyusop di Johor kira-kira jam 12.30 tengah malam, selepas dikesan Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA).

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata, sistem SWASLA mengesan bot berkelajua­n tinggi itu dari Batam di Indonesia dan disyaki menuju Tanjung Penyusop di Johor.

Katanya, Pusat Kawalan Kawasan

Johor menyalurka­n maklumat penceroboh­an kepada aset TLDM, iaitu Kapal Diraja (KD) Gempita.

“KD Gempita menyelaras aset TLDM, iaitu bot tempur laju FCB 1124 dan bot pemintas RHIB Lepau, bagi memintas bot berkenaan.

“Bot PATI cuba melarikan diri, namun tindakan pantas dua bot pihak berkuasa itu berjaya menahan semua PATI,” katanya.

TLDM berkata, semua PATI tidak memiliki dokumen pengenalan diri dibawa ke Jeti Maritim Tanjung Pengelih untuk soal siasat dan ujian saringan COVID-19.

Katanya, semua PATI diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

 ?? (Foto ihsan TLDM) ?? Pendatang asing tanpa izin ditahan berdekatan Tanjung Penyusop di Johor, malam kelmarin.
(Foto ihsan TLDM) Pendatang asing tanpa izin ditahan berdekatan Tanjung Penyusop di Johor, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia