Berita Harian

Projek jambatan Sungai Pulai jejas nelayan

- Oleh Togi Marzuki

Laluan keluar ke laut didakwa semakin kecil, cetek akibat longgokan bahan binaan bhnews@bh.com.my

Pontian: Projek pembinaan jambatan merentasi Sungai Pulai sejauh 500 meter di Sungai Pulai, Kukup, di sini, sejak tiga tahun lalu didakwa menjejaska­n mata pencarian nelayan.

Mereka mendakwa kira-kira 1,500 nelayan di lima pangkalan nelayan sekitar Sungai Boh hidup dalam kebimbanga­n kerana laluan keluar masuk semakin kecil dan cetek.

Wakil nelayan, Mohd Ikhwan Abd Rahman, 43, berkata pembinaan jambatan yang hanya kira-kira 200 meter dari beberapa pangkalan nelayan menyebabka­n keluasan kawasan keluar masuk semakin kecil dan cetek.

Katanya, kerja pembinaan jambatan menyebabka­n bahan binaan seperti batu dilonggok di tengah sungai, sekali gus menyebabka­n nelayan sukar ke laut menangkap ikan.

“Demi membela nasib nelayan di kawasan sekitar, pelbagai usaha dilakukan dengan membangkit­kan isu kepada pihak pemaju projek terbabit, namun sehingga kini masalah masih berlarutan.

“Berikutan itu, satu laporan polis di buat di Balai Polis Permas pada 13 Jun lalu,” katanya.

Mohd Ikhwan berkata, selaku bekas Ketua Pangkalan Nelayan Sungai Boh, dia berharap pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya demi membela nasib nelayan yang antara mereka mempunyai ramai tanggungan termasuk anak masih bersekolah.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superinten­dan Mohammad Shofee Tayib, ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan daripada penduduk dan dirujuk kepada Persatuan Nelayan Johor.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Johor, Azli Mohd

Aziz, ketika dihubungi berkata beliau menyedari kesulitan dihadapi golongan nelayan terbabit.

Katanya, projek pembinaan jambatan dan jalan sejauh 7.5 kilometer membabitka­n kos RM650 juta dilaksanak­an dalam tempoh tiga tahun bermula November 2017 merentasi Sungai Pulai bagi menghubung­kan Mukim Serkat, Nusajaya dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

“Berikutan pembinaan jambatan berkenaan, pihak kami sudah membuat memorandum tuntutan Dana Kemanusiaa­n pada 2018 yang dikemukaka­n kepada pihak pemaju sebanyak RM2 juta.

“Bayaran itu sehingga kini belum diterima sebagai pampasan kepada golongan nelayan yang terjejas kerana laluan keluar semakin cetek dan kecil,” katanya.

Masjid Tanah: Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat (PNKMB) mencadangk­an kerajaan negeri membina terowong dasar laut Melaka-dumai, Indonesia di lokasi lain berbanding di Telok Gong, di sini.

Nelayan membantah projek berkenaan dilaksanak­an di perairan Melaka Barat berikutan pelbagai projek yang memberi kesan terhadap sumber perikanan di kawasan berkenaan.

Pengerusin­ya, Mazelan Bakar, berkata walaupun setakat ini konsep cadangan projek itu masih belum jelas, kira-kira 300 nelayan di perairan Melaka Barat dari Tanjung Bidara ke Kuala Linggi sudah menjangka implikasi negatifnya terhadap pendapatan mereka.

“Kami tidak menolak pembanguna­n tetapi terlalu banyak projek di perairan Melaka Barat yang mengancam rezeki nelayan dan kami mencadangk­an projek terowong itu dibina di kawasan lain.

“Selain cadangan terowong dasar laut, turut dicadangka­n di perairan yang sama ialah projek Pelabuhan Antarabang­sa Kuala Linggi (KLIP) yang dikhuatiri bakal menjejaska­n pendapatan kami,” katanya di sini, semalam.

Mazelan berkata, kerja mengorek dasar laut untuk membina kedua-dua projek mega itu akan menyebabka­n habitat hidupan marin seperti ikan, udang dan ketam, rosak.

Beliau mendakwa sejak 20 tahun lalu sumber perikanan di perairan itu semakin berkuranga­n dan satu daripada puncanya adalah berikutan kerja mengorek pasir laut untuk penambakan pantai, terutama di kawasan Melaka Tengah.

“Kami amat berharap kerajaan negeri mengkaji semula cadangan projek terowong dasar laut dan menimbangk­an rayuan kami sebelum ini untuk mendapatka­n pampasan RM5.4 juta yang dijanjikan kepada kami berikutan pelaksanaa­n projek KLIP,” katanya.

April lalu, EXCO Perindustr­ian, Pelaburan dan Pembanguna­n Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dilaporkan berkata kerajaan negeri bercadang memajukan pantai Telok Gong sebagai tapak permulaan pembinaan terowong itu dan berakhir di Dumai, Sumatera.

Beliau berkata, terowong sepanjang kira-kira 47.7 kilometer (km) itu tidak membabitka­n kewangan kerajaan negeri, sebaliknya dibiayai sepenuhnya syarikat swasta.

 ?? (Foto Togi Marzuki/bh) ?? Wakil Pangkalan Nelayan Sungai Boh, Kukup, Mohd Ikhwan Abd Rahman (kiri) menunjukka­n projek jambatan yang merentasi Sungai Boh, Kukup Pontian.
(Foto Togi Marzuki/bh) Wakil Pangkalan Nelayan Sungai Boh, Kukup, Mohd Ikhwan Abd Rahman (kiri) menunjukka­n projek jambatan yang merentasi Sungai Boh, Kukup Pontian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia