Berita Harian

Dua kediaman nyaris ranap

- Oleh Siti Rohana Idris

Hakisan kali kedua tebing Sungai Selehong berisiko tenggelamk­an rumah penduduk bhnews@bh.com.my

Tumpat: Dua kediaman di Kampung Kok Keli 2, di sini, nyaris ranap apabila tebing Sungai Selehong di belakang kediaman mereka runtuh akibat hakisan awal pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu menyebabka­n sebuah rumah pekerja dan pondok yang digunakan penduduk kampung untuk mengaji al-quran ranap bersama runtuhan hakisan.

Seorang pemilik kediaman, Ismail Ibrahim, 38, berkata runtuhan tebing sungai pagi kelmarin adalah yang kedua berlaku selepas lapan tahun lalu.

Kini, katanya keadaan hakisan semakin serius. terutama apabila hujan lebat atau musim tengkujuh kerana air dilepaskan dari pintu air melimpah keluar dan menghentam tebing sungai.

Lebih teruk, pergerakan bot nelayan turut menghasilk­an arus kuat yang menghentam tebing.

Ismail berkata, aduan sudah dibuat kepada pihak berwajib sejak beberapa tahun lalu, namun tiada maklum balas positif diterima sehingga terpaksa membina sendiri benteng untuk menghalang hakisan dengan kos mencecah RM30,000.

“Sejak dua tahun lalu saya membina benteng sepanjang kirakira 10 meter bagi menghalang rumah saya dan ibu saudara yang berjiran daripada hakisan dengan menggunaka­n tayar lori, tong plastik serta besi yang disimen.

“Saya juga membeli timbunan pakaian terpakai semata-mata untuk mengukuhka­n tebing bagi mengelak ia runtuh, namun hakisan dan runtuhan tetap berlaku,” katanya.

Mengulas kejadian awal pagi kelmarin, katanya dia dikejutkan pekerja yang tinggal di rumah belakang memaklumka­n keadaan tebing sungai semakin menurun.

“Ketika bergegas untuk meninjau,

Kediaman dua keluarga nyaris runtuh akibat hakisan tebing di Kampung Kok Keli 2 Tumpat, semalam.

tiba-tiba kedengaran bunyi kuat disusuli runtuhan tebing akibat hakisan.

“Perlahan demi perlahan rumah pekerja dan bangsal yang saya jadikan tempat mengaji alquran untuk penduduk kampung runtuh sekelip mata,” katanya memaklumka­n sempat melompat ke dalam bangsal dan menyelamat­kan timbunan al-quran yang sudah tertimbus.

Kebimbanga­n sama disuarakan Saadiah Harun, 60, sehingga sanggup tidur di bahagian hadapan rumah setiap kali hujan lebat atau banjir kerana bimbangkan hakisan tebing yang terus berlaku .

“Kejadian itu (hakisan tebing) sangat membimbang­kan kerana jarak rumah dari sungai hanya beberapa meter sahaja,” katanya yang tinggal berseorang­an.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ??
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia