Berita Harian

DALAM PERJALANAN

PERJALANAN yang jauh dengan keadaan jalan yang sibuk terutama musim cuti sekolah sememangny­a cukup mencabar.

-

Cabaran itu bukan saja dirasai si bapa yang memandu, tetapi juga anak.

Justeru, jika anda merancang perjalanan jauh bersama anak pada hujung minggu ini, pastikan anda membuat perancanga­n awal untuk mengelak sebarang masalah.

Anda perlu sentiasa bersedia dengan kemungkina­n yang berlaku terutama jika si kecil mengalami mabuk perjalanan.

Andai mabuk melanda, si kecil pasti meragam dan ibu bapa pula tidak keruan dibuatnya.

Oleh itu, supaya perjalanan anda lebih selesa dan mencegah anak daripada mengalami mabuk dalam perjalanan, ikuti tip berikut yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah ini.

1Hindari aktiviti membaca terlalu lama ketika dalam perjalanan. Bermain gajet yang terlalu lama juga boleh membuatkan mereka berasa pening dan mual. Dengarkan alunan muzik yang disukai.

2Muzik yang tidak disukai atau dirasa membosanka­n juga dapat menimbulka­n rasa mual. Biar muzik itu tenang dan tidak terlalu kuat.

3Pastikan anak duduk searah perjalanan. Ajar anak untuk melihat pemandanga­n di kejauhan seperti gunung atau sawah padi serta pemandanga­n yang menyenangk­an.

4Buat sebarang permainan atau aktiviti yang menyenangk­an seperti bermain teka-teki, bernyanyi atau bergurau senda.

5Ambil masa untuk berhenti rehat di beberapa perhentian terutama dalam perjalanan yang jauh supaya anda sekeluarga dapat merenggang­kan badan.

6Pastikan air yang dibawa mencukupi sepanjang perjalanan.

7Jika menaiki MPV yang memiliki tiga baris kerusi, pilih baris kedua yang kurang terhuyung-hayang.

8Jauhkan asap rokok daripada anak kerana selain mengganggu saluran pernafasan, ia juga membuatkan anak mual.

9Hindari makanan pedas dan berminyak sebelum dan ketika dalam perjalanan. Usahakan juga supaya perut tidak terlampau kenyang sebelum atau ketika perjalanan.

10Cuba usahakan untuk anak sentiasa selesa dalam perjalanan terutama ketika mereka tidur. Menyediaka­n bantal kecil membantu supaya mereka mendapat tidur yang lena.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia