Berita Harian

Ibu tiga anak tepis persepsi kerjaya pemandu lori

-

Georgetown: Lazimnya pemandu kenderaan berat termasuk lori muatan serendah satu tan dipandu oleh lelaki kerana tugasan itu memerlukan kemahiran, kecekapan dan lasak ketika mengendali­kannya.

Bagaimanap­un, persepsi itu tidak boleh diguna pakai lagi terutama apabila sudah ada wanita yang mampu memandu kenderaan berat dan menceburi dunia kerjaya yang biasanya dipelopori lelaki.

Noraini Abdullah, 29, yang menetap di Bayan Lepas, di sini, bekerja dengan sebuah syarikat logistik ternama yang berpangkal­an di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) sebagai pemandu kurier dengan muatan satu tan yang masih dianggap jarang dilakukan wanita.

Namun, bagi ibu kepada tiga cahaya mata itu membawa lori sudah menjadi pekerjaann­ya sejak hampir enam tahun lalu dengan beberapa syarikat pengangkut­an, sebelum menyertai syarikat logistik itu yang menjadi tempat kerja barunya, sejak Oktober tahun lalu.

Katanya, minat mendalam mengendali­kan jentera berat membuatkan­nya tidak kekok, selain mendapat sokongan suaminya yang juga pemandu lori.

“Arwah ibu juga menyokong minat saya apabila dimaklumka­n mengenai hasrat saya yang berminat dengan kerjaya memandu kenderaan berat.

“Dengan sokongan rakan di tempat kerja membuat saya seronok dan bahagia dengan kerjaya ini. Apatah lagi di sini ada banyak manfaat dengan persekitar­an selesa dan kondusif,” katanya.

Malah, beliau berhasrat memandu lori dengan membawa muatan lebih besar jika diberikan peluang nanti.

Noraini berkata, rutin pekerjaann­ya setiap hari bermula pada jam 6 pagi apabila perlu membuat pengasinga­n bungkusan dan menyusun segala dokumen sebelum keluar membuat penghantar­an sehingga selesai.

“Kebiasaann­ya saya mengambil masa sehingga empat jam untuk membuat penghantar­an, kemudian apabila kembali tempat kerja, saya akan melakukan kerja-kerja lain sebelum pulang ke rumah, pada jam 6 petang.

“Sepanjang tujuh bulan bekerja belum berhadapan cabaran besar dan dapat dilakukan dengan baik terutama di tempat kerja saya ini semangat kerjasama antara kami sangat tinggi.

“Kami dilatih menepati masa dan pantas bertindak dalam menangani masalah yang kesemuanya mampu di atasi dengan baik,” katanya.

Noraini berkata, menariknya, tempat beliau bekerja tidak wujud diskrimina­si antara pekerja wanita dan lelaki hingga menjadikan suasana pekerjaann­ya sangat menenangka­n.

“Pada mulanya agak bimbang menjadi pemandu lori, tetapi perasaan itu lama-kelamaan hilang kerana industri khususnya logistik memberi peluang kepada wanita mengendali­kannya tanpa sebarang keraguan,” katanya.

 ?? ?? Kerjaya sebagai pemandu lori mendapat sokongan suami dan keluarga.
Kerjaya sebagai pemandu lori mendapat sokongan suami dan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia