Berita Harian

Malaysia turun ke tangga 32 Daya Saing Dunia 2022

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Kedudukan jatuh 7 anak tangga, seiring prestasi beberapa negara jiran

hazwanfais­al@bh.com.my

Malaysia menjejaki beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Thailand dan Indonesia apabila turun tujuh anak tangga ke tempat ke-32 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Pembanguna­n Pengurusan Antarabang­sa (IMD) 2022, daripada kedudukan ke-25 yang direkodkan pada 2021.

Thailand turun lima tahap daripada tempat ke-28 kepada tempat ke-33 dan Indonesia pula turun tujuh kedudukan daripada tempat ke-37 kepada ke-44.

Ia didorong oleh pembukaan semula ekonomi yang perlahan selepas COVID-19 berbanding dengan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, China turun satu anak tangga kepada 17 daripada 16, menongkah aliran meningkat kukuh yang dicatatkan negara itu sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, menunjukka­n pemulihan ekonomi yang buruk dijejaskan lagi oleh strategi sifarcovid.

“Melangkah ke hadapan, China perlu menyusun semula ekonomi daripada pembuatan kepada perkhidmat­an bernilai tinggi dan daripada pelaburan kepada penggunaan.

“Ia juga perlu membangunk­an pasaran nasional disatukan untuk meningkat kemakmuran ekonomi jangka panjang dan hanya akan mencapai matlamat pembanguna­n sosioekono­minya menerusi gabungan dasar makroekono­mi,” kata IMD dalam satu kenyataan.

Bagaimanap­un, China masih mendahului ekonomi Asia-pasifik (APAC) bersama Singapura (ketiga), Hong Kong (kelima) dan Taiwan (ketujuh).

Singapura menduduki ranking ketiga, naik daripada kedudukan kelima, sekali gus berada di tangga teratas di rantau APAC.

Pemulihann­ya dipacu oleh peningkata­n ketara ekonomi domestik (di tangga pertama berbanding ke-15 sebelum ini), pekerjaan (ketiga berbanding dengan ke-18), kewangan awam (keenam berbanding tangga ke-12) serta produktivi­ti dan kecekapan (ranking kesembilan berbanding ke-14 pada 2021).

Namun, ia kekal pada kedudukan agak rendah dalam beberapa subfaktor, termasuk amalan pengurusan (ke-14), infrastruk­tur saintifik (ke-16) serta kesihatan dan alam sekitar (ke-25).

Menurut WCC IMD, India mencatatka­n peningkata­n ketara dalam kalangan ekonomi Asia, berada di kedudukan ke-37 berbanding ke-43 sebelum ini.

Kedudukann­ya melonjak enam tangga selepas empat tahun mengalami prestasi tidak berubah. Ini didorong terutama oleh lonjakan yang dicatatkan India dari segi prestasi ekonomi dan kecekapan perniagaan.

Ketua Ahli Ekonomi WCC IMD, Christos Cabolis, berkata selain tekanan inflasi menjejaska­n kebanyakan ekonomi, cabaran global lain turut memburukka­n daya saing negara ialah COVID-19.

Ini termasuk jumlah orang yang dijangkiti di seluruh dunia, perbezaan dasar nasional untuk menangani COVID (dasar ‘sifartoler­ansi COVID’ berbanding dasar ‘terus bergerak daripada COVID’) selain penceroboh­an ke atas Ukraine oleh Russia.

Sementara itu, Denmark, sebagai negara paling maju dari segi digital di dunia, mencapai kedudukan teratas buat kali pertama dalam sejarah 34 tahun ranking ini.

“Ini disokong oleh dasar yang baik, kelebihan diperoleh dengan menjadi sebuah negara Eropah, tumpuan jelas terhadap kemampanan dan dorongan daripada sektor korporatny­a yang cekap,” kata Pengarah WCC IMD, Profesor Arturo Bris.

Switzerlan­d kehilangan tempat teratas globalnya apabila turun ke tangga kedua, walaupun kekal kukuh dalam ranking keseluruha­n.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia