Berita Harian

Sedia pelan strategik jangka panjang tingkat daya saing

-

Kejatuhan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabang­sa bagi Pembanguna­n Pengurusan (IMD) 2022 adalah selari dengan negara Asia yang lain berikutan kesan pandemik COVID-19 kepada ekonomi amat jelas dan tidak menghairan­kan.

Penganalis­is ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata ia juga menunjukka­n betapa pantasnya setiap negara untuk kembali bangkit dan kadar f leksibilit­inya bagi merubah ekonomi selepas terkesan dengan pelbagai krisis kesihatan dan ekonomi global.

Katanya, ia juga menunjukka­n keserasian sebuah negara dengan hubunganny­a dengan rakan niaga negara lain.

“Kejatuhan Malaysia sebanyak tujuh anak tangga berbanding negara lain seperti Thailand dan Indonesia juga menunjukka­n perlunya Malaysia untuk bangun dan mempunyai pelan strategik jangka panjang.

“Dari segi analisisny­a ia menunjukka­n beberapa kelemahan ekonomi Malaysia untuk bersaing kerana semua negara terkesan dengan COVID-19, bermakna semua pemboleh ubahnya adalah sama, tetapi reaksi setiap negara untuk bangun adalah berbeza,” katanya kepada BH.

Sementara itu Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata kita perlu faham ranking ini diformulas­i berdasarka­n data bersifat kuantitati­f dan boleh dianalisis secara formal.

“Sebanyak 333 kriteria daya saing dipilih sebagai hasil penyelidik­an komprehens­if menggunaka­n kajian ekonomi; sumber antarabang­sa, nasional dan serantau serta maklum balas daripada komuniti perniagaan, agensi kerajaan dan ahli akademik, selain maklum balas tinjauan (100 eksekutif setiap ekonomi secara purata) daripada eksekutif kanan, dikutip daripada 56 institut rakan kongsi tempatan.

“Ini bermakna, pasca pandemik menyaksika­n pertumbuha­n ekonomi yang kembali pesat untuk Malaysia, namun negara lain mampu mencapai pertumbuha­n ekonomi lebih ketara disebabkan faktor iaitu seperti keputusan untuk membuka sektor ekonomi

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School (PBS) lebih awal, pelan rangsangan fiskal yang lebih komprehens­if dan strategi ekonomi lebih mampan.

“Faktor persepsi juga memainkan peranan dalam ranking ini. Walaupun semua negara mengalami krisis ekonomi dan kesihatan, Malaysia turut terjejas dengan krisis politik yang menyaksika­n jawatan Perdana Menteri bertukar dua kali sepanjang pandemik.

“Ini menjejaska­n keyakinan pelabur yang menyaksika­n Malaysia mengalami kadar penurunan pelaburan langsung asing (FDI) paling ketara berbanding negara ASEAN lain semasa pandemik,” katanya.

Namun katanya, apabila kestabilan politik kembali dicapai, FDI kembali meningkat pada suku tahun pertama tahun ini dan ini akan meningkatk­an kepercayaa­n dan keyakinan pelabur ke atas Malaysia untuk keseluruha­n tahun ini.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia