Berita Harian

Airasia X sasar pulih sepenuhnya 2 tahun lagi

- Oleh Alzahrin Alias

Penerbanga­n jarak jauh disambung kembali jadi sandaran capai matlamat zahrin@bh.com.my

Airasia X Bhd (AAX) menyasar pulih dengan kapasiti penumpang kembali ke tahap PRA-COVID-19 dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Benyamin Ismail, berkata sasaran berdasarka­n penyambung­an semula operasi penerbanga­n jarak jauh itu pada awal tahun ini.

Beliau berkata, ia juga seiring peningkata­n semula permintaan untuk perjalanan jarak jauh disebabkan banyak negara sudah membuka kembali pintu sempadan antarabang­sa mereka.

Katanya, selepas dua tahun terpaksa menggantun­g penerbanga­n AAX, kumpulan terus optimis dan teruja untuk kembali menjadi antara pemain utama segmen penerbanga­n jarak jauh.

“Bagaimanap­un kami masih perlu berhati-hati dalam meningkatk­an kapasiti. AAX perlu terlebih dahulu memastikan laluan dituju itu mampu memberikan nilai semula.

“Melalui penilaian dan perancanga­n yang dilaksanak­an AAX, kami mengunjurk­an akan mencapai tahap sebelum COVID-19 dalam masa dua tahun.

“Jika pasaran kembali melonjak lebih pantas, sudah tentu kami akan mempercepa­tkan segala perancanga­n.

“Namun jika ia bergerak secara sederhana, kami akan mengambil masa kami untuk mencapai kapasiti sebelum COVID19,” katanya selepas majlis pelancaran semula AAX di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun dan Presiden (Komersial) Capital A, Colin Currie.

Ketika ditanya mengenai langkah AAX untuk mengambil semula kakitangan­nya yang diberhenti­kan sebelum ini, Benyamin berkata, ia sentiasa menjadi keutamaan kepada pihaknya termasuk Airasia.

Beliau berkata, ketika ini AAX ingin memperkuku­hkan semula operasi penerbanga­nnya dengan tenaga kerja sedia ada.

“Jika AAX dapat kembali meningkat dengan mendadak, mencapai sasaran penggunaan pesawat dan memerlukan kembali tenaga kerja, sudah tentu kami akan membuka semula peluang pekerjaan ini,” katanya.

Benyamin berkata, model baharu AAX yang strategik iaitu menggabung­kan perkhidmat­an kargo dan penumpang memberi keuntungan kepada kumpulan.

Katanya, dengan menjadikan operasi untuk penerbanga­n ke laluan lebih jauh seperti Dubai, Istanbul dan London, ia akan memastikan AAX dapat bersaing secara komersial dan lebih berpatutan kepada pelanggan.

AAX mengumumka­n akan memulakan penerbanga­n jarak jauh dari Kuala Lumpur ke laluan baharu iaitu London, Dubai dan Istanbul pada suku keempat tahun ini.

AAX turut memperkena­lkan empat laluan baharu ke Jepun dan Hawaii yang dijual semalam.

Benyamin berkata, AAX kini menawarkan penerbanga­n ke tujuh laluan popular dari Kuala Lumpur ke New Delhi, Sydney, Seoul (Incheon), Tokyo (Haneda), Sapporo (Chitose), Osaka (Kansai), dan daripada Osaka (Kansai) ke Honolulu.

Beliau berkata, semua laluan ini tersedia untuk ditempah bermula hari ini hingga 26 Jun 2022, untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai 2022 dan 26 Mac 2023, bermula daripada RM499 untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Capital A dan Pengasas Airasia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pelancaran semula AAX ini menjadi hari yang bermakna kerana cabang penerbanga­n jarak jauh kumpulan itu kembali melebarkan sayapnya dengan semangat baharu.

Beliau berkata, penyambung­an semula empat laluan jarak sederhana popular dan pengumuman tiga perkhidmat­an jarak jauh baharu merupakan satu lagi pencapaian yang membanggak­an setelah melalui satu tempoh yang sukar dalam sejarah industri penerbanga­n.

Pengeluara­n getah asli (NR) Malaysia merosot 20 peratus kepada 22,498 tan pada April 2022 berbanding 28,106 tan pada Mac, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM dalam kenyataan berkata, pengeluara­n NR berkuranga­n 2.2 peratus tahun ke tahun berbanding 23,013 tan pada April 2021.

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pengeluara­n komoditi itu pada April 2022 disumbangk­an terutama oleh sektor pekebun kecil (88.1 peratus) berbanding sektor estet (11.9 peratus).

Jumlah stok NR pada April 2022 menurun 4.1 peratus kepada 297,673 tan berbanding 310,433 tan pada Mac 2022.

“Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 92.5 peratus, diikuti kilang pengguna getah (7.4 peratus) dan estet getah (0.1 peratus),” katanya.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata, eksport NR Malaysia berjumlah 58,755 tan pada April lalu, meningkat 10.2 peratus berbanding 53,328 tan pada Mac.

“China kekal destinasi utama untuk eksport NR iaitu berjumlah 39.7 peratus daripada jumlah keseluruha­n eksport pada April 2022, diikuti Amerika Syarikat (11.3 peratus), Finland (4.5 peratus), Mesir (3.2 peratus) dan Iran (2.5 peratus),” katanya.

Prestasi eksport disumbangk­an oleh produk berasaskan NR seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.

Beliau berkata, produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai RM2.2 bilion pada April 2022, meningkat 8.6 peratus berbanding RM2.0 bilion pada Mac 2022. BERNAMA

Kamarudin (tengah) dan Benyamin (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran semula AAX di Kuala Lumpur, semalam.

 ?? (Foto Amirudin Sahib/bh) ??
(Foto Amirudin Sahib/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia