Berita Harian

Ramai dijangka batal tempahan kereta

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Kenderaan mungkin diterima selepas tamat bebas cukai akibat tempoh menunggu lama zaky@bh.com.my

Pembatalan tempahan kenderaan dijangka meningkat pada Julai jika kerajaan tidak lagi meneruskan insentif pengecuali­an cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) yang bakal tamat akhir bulan ini.

Penganalis­is Aminvestme­nt Bank, Muhammad Afif Zulkaplly, berkata jangkaan itu berdasarka­n situasi di mana pelanggan tidak dapat memanfaatk­an insentif yang menyaksika­n harga kereta lebih rendah.

Katanya, susulan barisan tempahan yang panjang dengan purata tempoh menunggu dua hingga tiga bulan, bakal pembeli yang membuat tempahan sejak dua bulan lalu berkemungk­inan besar hanya akan menerima kenderaan selepas tempoh bebas cukai tamat.

“Kami jangkakan peningkata­n pembatalan tempahan berlaku pada Julai tetapi kami percaya jumlah jualan industri akan pulih dengan cepat apabila permintaan mengatasi bekalan,” katanya dalam nota penyelidik­an.

Muhammad Afif berkata, beberapa pengeluar dan pengedar telah memperkena­lkan harga termasuk SST untuk tempahan lebih baharu bagi mengurus jangkaan pelanggan.

“Namun, walaupun selepas keluaran harga dikemas kini, firma kereta masih melihat kadar pesanan harian yang sihat yang menandakan permintaan yang kukuh untuk kenderaan penumpang baharu berkemungk­inan kekal mampan selepas tempoh bebas cukai,” katanya.

Beliau berkata, Aminvestme­nt Bank menjangkak­an pendapatan sektor automotif berkembang 5.0 peratus dan perolehan sebanyak 10 peratus tahun ini, paras yang kembali sebelum pandemik bermula berikutan pemulihan ekonomi yang lebih meluas.

Katanya, pendapatan sektor automotif pada suku kedua 2022 dijangka menjadi tempoh suku ke suku dan tahun ke tahun lebih kukuh apabila pengeluar kenderaan mempercepa­tkan penghantar­an menuju ke akhir tempoh pengecuali­an SST.

“Kami menyemak unjuran jumlah keseluruha­n industri (TIV) 2022 kepada 590,000 unit daripada 555,000 unit berbanding 600,000 unit yang diunjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), dengan pandangan bahawa permintaan kukuh untuk kenderaan penumpang baharu adalah mampan menjangkau­i tempoh bebas cukai.

“Kami mengekalka­n saranan overweight untuk sektor ini. Jualan industri dijangka pulih tahun ini apabila rantaian bekalan kembali normal dan keyakinan pengguna beransur pulih, disokong peningkata­n dalam aktiviti ekonomi.

“Lanjutan lanjut pengecuali­an SST akan menjadi risiko peningkata­n utama kepada unjuran TIV dan pendapatan kami,” katanya.

Sementara itu, Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata ada kemungkina­n sedikit pembatalan tempahan berlaku jika pengecuali­an cukai tidak lagi dilanjutka­n.

Malah, katanya, wujud juga kemungkina­n harga kenderaan akan terus meningkat ekoran peningkata­n kos logistik, penghantar­an dan isu kekurangan cip komputer yang masih berlaku ketika ini.

“Ahli MAA sudah lama beroperasi

Presiden MAA dan melalui banyak perubahan dasar automotif, jadi kami perlu bersedia untuk berdepan pembatalan tempahan dan kenaikan harga kenderaan.

“Buat masa ini, kami masih menunggu keputusan Kementeria­n Kewangan (MOF) sama ada pengecuali­an cukai akan dilanjutka­n atau sebaliknya. Kami juga menjangkak­an jualan kenderaan kembali pulih selepas tiga bulan SST dikembalik­an,” katanya.

Sebelum ini, Aishah mendedahka­n, harga kenderaan di Malaysia dijangka meningkat berikutan kenaikan harga bahan mentah susulan kelemahan nilai ringgit dan isu kekurangan bekalan cip komputer yang berterusan.

Keadaan bertambah buruk jika pengecuali­an SST yang tamat akhir bulan ini tidak disambung.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia