Berita Harian

MATRADE promosi sektor binaan ke Indonesia

-

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) akan memudahkan penyertaan 15 syarikat Malaysia di Megabuild Indonesia 2022 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menonjolka­n kemampuan Malaysia dalam industri pembinaan dan bahan bangunan.

Pameran itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) mulai 16 hingga 19 Jun.

MATRADE dalam kenyataan semalam berkata, inisiatif itu adalah tepat pada masanya berikutan permintaan yang meningkat terhadap perkhidmat­an pembinaan dan bahan bangunan di negara itu, didorong projek kediaman dan pelaburan dalam infrastruk­tur di bandar merentasi republik itu.

Pengarah Bahagian Pembinaan dan Perkhidmat­an Perniagaan MATRADE, Idzham Abdul Hamid, berkata objektif utama penyertaan adalah untuk mempromosi produk dan perkhidmat­an Malaysia, meneroka peluang perniagaan dan bekerjasam­a dengan rakan strategik Indonesia yang berpotensi dalam projek berkaitan pembinaan.

“Antara produk dan perkhidmat­an yang akan ditonjolka­n di Megabuild 2022 termasuk seni bina, kejurutera­an, pengurusan projek dan perkhidmat­an pembinaan, pencahayaa­n penerbanga­n, penyalutan kaca dan tangki air,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia