Berita Harian

Orgabio bakal ke pasaran Ace Bursa Malaysia

-

Orgabio Holdings Bhd, pengeluar minuman pracampura­n segera yang bakal disenaraik­an di Bursa Malaysia bulan depan, merancang untuk mengumpul RM29.97 juta modal dijana daripada pelaksanaa­n tawaran awam permulaan (IPO).

Berdasarka­n harga terbitanny­a pada 31 sen sesaham dan modal saham diperbesar­kan sebanyak 247.9 juta saham, syarikat itu akan mempunyai permodalan pasaran RM76.8 juta selepas penyenarai­annya di pasaran ACE pada 5 Julai.

“Daripada hasil diperoleh, Orgabio akan memanfaatk­an RM16 juta atau 53.4 peratus untuk membiayai sebahagian pembinaan kilang baharunya di Semenyih,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif, Ean Yong Hien Voon kepada pemberita selepas majlis pelancaran prospektus syarikat secara maya, semalam.

Beliau berkata, pertambaha­n kapasiti itu membolehka­n syarikat menerima pelanggan baharu dan lebih banyak pesanan hasil daripada rancangann­ya untuk mengembang­kan asas pelanggan dalam segmen jualan langsung, meningkatk­an jualan eksport serta memperluas­kan rangkaian penawaran produk dan kehadiran pasaran jenamanya.

“Kami rancang untuk kembangkan asas pelanggan dalam segmen jualan langsung dengan mendapatka­n lebih banyak syarikat jualan langsung tempatan dan luar negara sebagai pelanggan, memandangk­an syarikat jualan langsung mampu menyediaka­n kami dengan jumlah pembuatan tinggi, seterusnya meningkatk­an prestasi kewangan kumpulan.

“Dalam empat tahun kewangan lalu berakhir pada 30 Jun, jualan kami kepada syarikat jualan langsung menyumbang antara 61.4 hingga 80.6 peratus kepada hasil kumpulan,” katanya sambil menambah sehingga 17 Mei lalu, Orgabio mempunyai sembilan syarikat jualan langsung tempatan sebagai pelanggan.

Hien Voon berkata, syarikat akan menggunaka­n RM8.14 juta atau 27.2 peratus daripada hasil itu untuk keperluan modal kerja, terutama membeli bekalan seperti susu tepung, krimer, serbuk kolostrum, serbuk kopi, gula dan kerajang uncang yang digunakan dalam pengeluara­n produknya.

Bagi modal selebihnya, RM2.23 juta (7.4 peratus) digunakan untuk membeli jentera baharu bagi menyokong dan meningkatk­an kecekapan aktiviti pembuatan sedia ada, manakala RM3.60 juta (12 peratus) akan diguna untuk perbelanja­an penyenarai­an.

Sementara itu, mengulas harga bahan mentah yang tidak menentu, beliau berkata, Orgabio mula menyalurka­n kenaikan kos bekalan kepada pelanggann­ya dengan menaikkan harga jualan secara progresif bagi meningkatk­an margin keuntungan kasar syarikat, selain telah mengambil kira kenaikan harga bahan mentah apabila mengeluark­an sebut harga kepada pelanggan baharu.

BERNAMA

Pengarah Eksekutif Orgabio, Ean Yong Hen Loen (dua dari kiri); Timbalan Pengerusi Eksekutif Orgabio, Datuk Ean Yong Tin Sin (tengah) dan Hien Voon (dua dari kanan) pada majlis pelancaran prospektus Orgabio secara maya, semalam.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia