Berita Harian

Art’otel pertama di London dibuka hujung tahun ini

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Hotel terletak di stesen jana kuasa Battersea sedia kemudahan serba lengkap hazwanfais­al@bh.com.my

Art’otel pertama di London akan dibuka di stesen jana kuasa Battersea pada hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Battersea Power Station Developmen­t Company (BPSDC), Simon Murphy, berkata Art’otel memainkan peranan penting dalam kejiranan tebing sungai yang baharu dibangunka­n itu.

“Sebaik sahaja hotel dibuka pada akhir tahun ini, ia akan menjadi tempat unik untuk menginap dan menjamu selera dengan kolam renang atas bumbung yang menakjubka­n, menghadap ke empat cerobong terkenal di stesen jana kuasa dan seni rekaan dalaman yang diilhamkan Hayon Studio,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengasas Hayon Studio, Jaime Hayon, berkata pihaknya sangat teruja untuk membangunk­an reka bentuk dalaman untuk projek hotel London di Battersea Power Station, yang akan menjadi hab baharu untuk seni dan kreativiti.

“Peranan utama seni di Art’otel London Battersea Power Station menjadikan ini prospek unik untuk meneroka interaksi antara seni, produk dan reka bentuk dalaman dan saya tidak sabar

Ruang dan hiasan dalaman Art’otel London Battersea Power Station.

mencipta sesuatu yang benar-benar istimewa di lokasi ikonik di tengah-tengah London ini,” katanya.

Art’otel pertama yang dibuka di United Kingdom (UK) akan terletak di dalam Battersea Roof Gardens, sebuah bangunan baharu yang direka oleh Foster + Partners membentuk bahagian penting Electric Boulevard, koleksi bangunan yang terdiri dari rumah, pejabat dan jalan tinggi pejalan kaki baharu, yang terletak di selatan stesen jana kuasa yang ikonik.

Hotel 164 bilik tidur itu akan menampilka­n restoran dan bar destinasi latar langit baharu, kolam renang atas bumbung, serta gim, spa, kemudahan acara, kafe besar dan galeri seni.

Kemajuan dalam kerja pembinaan hotel sudah hampir siap, dengan bilik tetamu, bar dan restoran kini sudah dipasang.

Sementara itu, pembanguna­n semula stesen jana kuasa juga hampir siap, dengan penduduk kini tinggal di dalam bangunan tersenarai Gred II dan peruncit baharu, termasuk Ralph Lauren, Ray-ban, Lacoste dan Calvin Klein, mengumumka­n mereka akan beroperasi pada September ini.

Apabila dibuka kepada orang ramai kelak, stesen jana kuasa Battersea akan menempatka­n lebih 100 kedai, bar dan restoran, pawagam butik mewah serta acara unik dan ruang riadah, termasuk pengalaman lif cerobong. Lif kaca akan mengangkut pelawat 109 meter (358 kaki) ke dalam salah satu cerobong ikonik stesen jana kuasa sebelum mereka muncul di bahagian atas untuk menikmati pemandanga­n latar langit ibu kota 360 darjah.

Penduduk dan pelawat ke stesen jana kuasa Battersea akan dapat menikmati banyak ruang awam hijau dan terbuka baharu, termasuk taman stesen jana kuasa seluas enam ekar barubaru ini, yang terletak betul-betul di hadapan bangunan di tebing sungai.

Dengan Laluan Utara kini diperluask­an untuk memberikan kejiranan baharu ini stesen Bawah Tanah Zon 1 London sendiri, stesen jana kuasa Battersea menarik penduduk London, pelawat antarabang­sa dan pekerja dari seluruh ibu negara dengan masa perjalanan ke West End dan bandar mengambil masa kira-kira 15 minit.

Ia akan menjadi antara tempat popular untuk South West London, meningkatk­an ekonomi tempatan dan mewujudkan lebih 17,000 pekerjaan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia