Berita Harian

Mtronic-or tawar potensi keuntungan 111 peratus

-

Terbitan Hak Metronic Global Bhd (Mtronic-or) yang akan diurus niaga di Bursa Malaysia sehingga 20 Jun ini seiring terbitan hak terkini Mtronic yang boleh ditolak sehingga 1.5 bilion dengan harga terbitan 6.0 sen dengan waran percuma (Mtronic -WB).

Ini adalah berdasarka­n enam saham hak bersama dua Mtronicwb bagi setiap satu saham Mtronic sedia ada yang dipegang oleh pemegang saham pada 10 Jun, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong Internatio­nal Trading Centre Sdn Bhd, Kelly Wong Pei Fun, berkata pelanggan Mtronic-or akan dapat meraih keuntungan daripada kedua-dua harga tawaran diskaun saham biasa Mtronic pada enam sen dan waran percuma.

Katanya, harga terbitan 6.0 sen bagi setiap Saham Hak mewakili diskaun 5.0 sen daripada harga dagangan terakhir Mtronic, iaitu pada 11 sen semalam.

Oleh itu, bagi setiap langganan 6 saham hak, pelanggan akan menerima 6 kali ganda diskaun 5 sen, iaitu bersamaan dengan 30 sen.

Bagi setiap langganan 6 saham hak, pelanggan juga akan mendapat 2 waran percuma, yang boleh didagangka­n dengan mudah pada nilai intrinsikn­ya sebanyak 5 sen, iaitu perbezaan antara harga saham 11 sen dan harga pelaksanaa­nnya sebanyak 6 sen.

Jumlah nilai 2 waran itu ialah 10 sen, iaitu 2 waran x 5 sen. Harga pelaksanaa­n waran ialah jumlah yang perlu dibayar pemegang waran kepada syarikat untuk menukar waran kepada saham biasa.

Kelly Wong berkata, untuk setiap langganan 6 hak pada 6 sen setiap satu, jumlah potensi keuntungan adalah jumlah keseluruha­n diskaun 5 sen bagi 6 saham biasa baharu dan nilai intrinsik 5 sen bagi 2 waran percuma.

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kepada 40 sen atau 111 peratus daripada keuntungan bagi pelaburan 36 sen untuk 6 saham hak itu,” katanya.

Merujuk kepada prospektus Mtronic bertarikh 10 Jun 2022, untuk melanggan Terbitan Hak, pelabur mesti sama ada memiliki saham Mtronic pada tarikh akhir, 9 Jun 2022 atau membeli hak dagangan (kod saham Mtronicor) sebelum 20 Jun 2022.

Tarikh akhir untuk pelanggan membayar hak dagangan ialah 28 Jun 2022. Saham baharu dan Mtronic-wb percuma dijangka disenaraik­an pada 13 Julai 2022.

Prospektus itu juga menyatakan bahawa semua penerimaan dan pembayaran boleh dibuat menggunaka­n penyerahan fizikal Borang Langganan Hak, Permohonan Elektronik melalui ATM dan laman web Public Bank Bhd dan permohonan Affin Bank Bhd atau Bursa Anywhere.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia