Berita Harian

Import minyak sawit India susut

-

Import minyak sawit India pada Mei susut 10 peratus berbanding sebulan lalu apabila pengeluar utamanya Indonesia mengekang eksport minyak makan itu, kata sebuah badan perdaganga­n.

Negara Asia Selatan itu adalah pengimport minyak sayuran terbesar di dunia dan pembelian yang lebih rendah itu boleh menjejaska­n harga niaga hadapan minyak sawit Malaysia.

India mengimport 514,022 tan minyak sawit pada Mei, turun daripada 572,508 tan pada April, demikian Persatuan Pengekstra­k Pelarut (SEA) India.

Indonesia, pengeluar dan pengekspor­t minyak sawit terbesar di dunia, pada 28 April menghentik­an eksport produk itu untuk mengawal harga yang melonjak di dalam negara.

Jakarta membenarka­n eksport disambung semula mulai 23 Mei, tetapi melaksanak­an dasar untuk melindungi bekalan domestik.

Penapis India pada Mei memperoleh lebih banyak minyak sawit dari Malaysia, Thailand dan Papua New Guinea, tetapi masih secara keseluruha­n import menurun, kata SEA.

“Pada Jun import minyak sawit boleh meningkat melebihi 600,000 tan kerana Indonesia sudah mula memberi permit eksport,” kata peniaga yang berpangkal­an di Mumbai dengan firma perdaganga­n global.

Peruntukan eksport Indonesia untuk produk minyak sawit sudah dinaikkan kepada 2.25 juta tan, kata seorang pegawai kanan kementeria­n perdaganga­n, daripada sekitar 1 juta.

Import soya India pada Mei melonjak 37 peratus daripada sebulan lalu kepada 373,043 tan, manakala import minyak bunga matahari meningkat lebih dua kali ganda kepada 118,482 tan, kata badan perdaganga­n itu.

India membeli minyak soya, terutama dari Argentina dan Brazil dan minyak bunga matahari dari Ukraine dan Russia.

“Import soya negara itu boleh meningkat dengan mendadak dalam beberapa bulan akan datang kerana New Delhi membenarka­n import bebas cukai sebanyak 2.0 juta tan komoditi itu,” kata peniaga. REUTERS

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia