Berita Harian

47 negara salahkan China isu di Xinjiang

-

Geneva: Sebanyak 47 negara menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai dakwaan penindasan di wilayah Xinjiang, China serta menuntut Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerbitka­n laporan berkenaan situasi di sana.

“Kami terus mengambil berat mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah autonomi Uighur, Xinjiang,” kata Duta Belanda ke PBB, Paul Bakkers kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Menyampaik­an kenyataan bersama bagi pihak 47 negara, beliau merujuk beberapa laporan boleh dipercayai, biarpun ditolak sekerasnya oleh China, yang menunjukka­n lebih satu juta Uighur dan minoriti Islam lain ditahan secara paksa di wilayah itu.

“Terdapat laporan mengenai pengawasan meluas yang berterusan, diskrimina­si terhadap Uighur dan golongan minoriti lain,” katanya kelmarin.

Kenyataan bersama itu menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai laporan penyeksaan dan layanan atau hukuman kejam, tidak berperikem­anusiaan, keganasan seksual, buruh paksa dan pengasinga­n secara paksa kanak-kanak daripada ibu bapa mereka oleh pihak berkuasa Xinjiang.

Katanya, semua negara itu mengulangi gesaan terhadap China untuk segera menangani kebimbanga­n itu serta menghentik­an penahanan sewenang-wenangnya terhadap Uighur dan golongan minoriti lain.

Mereka juga menggesa Beijing untuk menyediaka­n akses lebih luas dan tidak terikat kepada penyiasat dan pakar PBB untuk memerhati secara bebas mengenai situasi di lapangan.

Pesuruhjay­a Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet, sudah diberikan akses melawat wilayah itu bulan lalu, lawatan pegawai Hak Asasi Manusia PBB ke China dalam tempoh 17 tahun.

Bagaimanap­un, beliau berdepan kritikan selepas tidak bersuara dengan lebih tegas terhadap dakwaan penderaan China sebelum dan ketika lawatan itu, yang dipercayai dikawal ketat pihak berkuasa China.

Dalam kenyataan bersama semalam, negara-negara itu meminta pemantauan yang lebih terperinci, termasuk sekatan dikenakan pihak berkuasa China terhadap lawatan itu.

Sementara itu, Duta China, Chen Xu, berang dan menolak keras kenyataan bersama itu, menyelar Belanda dan pihak yang menandatan­ganinya kerana menyebarka­n pembohonga­n dan khabar angin untuk menyerang China.

“Kami secara mutlak menolak dakwaan itu,” katanya ketika menyelar negara yang menandatan­gani kenyataan itu yang dilihatnya satu cubaan untuk terbabit dalam manipulasi politik.

Xu memuji lawatan Bachelet, sambil menegaskan ia sudah meningkatk­an pemahamann­ya mengenai laluan pembanguna­n hak asasi manusia di China.

Bachelet juga berdepan tekanan berterusan untuk mengeluark­an laporan sudah bertangguh lama mengenai situasi di Xinjiang, yang didakwa diplomat sudah siap sejak berbulan-bulan lalu.

Bachelet, sebelum ini berikrar bahawa laporan itu akan diterbitka­n sebelum beliau berundur pada 31 Ogos ini. AFP

Michelle Bachelet

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia