Berita Harian

Amnesty gesa India henti tindakan keras

-

Polis cuba menahan ahli dan penyokong Persatuan Pelajar Seluruh India (AISA) ketika protes terhadap serangan ke atas umat Islam dalam pertempura­n di Jantar Mantar, New Delhi, kelmarin.

Pemerintah roboh kediaman, tahan penunjuk perasaan Muslim dikecam

New Delhi: India mesti segera menamatkan tindakan keras ke atas umat Islam yang turun ke jalan raya bagi membantah kenyataan seorang pegawai parti pemerintah mengenai Nabi Muhammad SAW, kata Amnesty Internatio­nal.

Dua penunjuk perasaan terbunuh dan ratusan lain ditangkap minggu lalu dalam bantahan di seluruh negara berhubung kenyataan pegawai itu, yang menjerumus­kan India dalam kemelut diplomatik, di samping mengundang kemarahan meluas umat Islam seluruh dunia.

Rakaman jentolak merobohkan rumah mereka yang ditangkap atau dikenal pasti sebagai peserta penunjuk perasaan mula tersebar di media sosial.

Jurucakap Amnesty, Aakar Patek, berkata pihak berkuasa secara selektif dan kejam menyerang umat Islam yang berani bersuara bagi menentang diskrimina­si yang dihadapi oleh mereka.

“Membantera­s penunjuk perasaan menggunaka­n kekerasan berlebihan, penahanan dan merobohkan rumah sewenang-wenangnya, melanggar sepenuhnya komitmen India di bawah undangunda­ng hak asasi manusia antarabang­sa,” katanya kelmarin.

Lebih 300 orang ditangkap di Uttar Pradesh kerana menyertai perhimpuna­n itu minggu lalu.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath, salah seorang ahli politik nasionalis Hindu yang paling terkenal di India, berulang kali meminta pihak berkuasa untuk merobohkan rumah mereka yang dituduh melakukan jenayah.

Patel berkata, pihaknya turut menuntut pembebasan segera tanpa syarat penunjuk perasaan yang ditahan, selain menyifatka­n penangkapa­n dan merobohkan kediaman itu sebahagian tekanan membimbang­kan yang menyasarka­n umat Islam.

Sejak berkuasa pada 2014, Parti

Bharatiya Janata (BJP) dituduh memperjuan­gkan dasar diskrimina­si terhadap umat Islam.

Kerajaan Perdana Menteri, Narendra Modi, mencadangk­an undang-undang kontrovers­i yang memberikan kewarganeg­araan lebih cepat kepada pelarian di India, namun tidak terpakai kepada mereka yang beragama Islam.

Kerajaan BJP di negeri-negeri sudah luluskan undang-undang yang menjadikan perkahwina­n antara agama menjadi lebih sukar.

Bandar di sekitar India menyaksika­n demonstras­i besar Jumaat lalu, orang ramai membakar patung Nupur Sharma, jurucakap BJP yang mencetuska­n kekecohan ekoran kenyataann­ya ketika rancangan debat TV sebelum ini.

Jumaat lalu juga menyaksika­n protes besar di negara jiran, polis menganggar­kan lebih 100,000 orang berhimpun di seluruh Bangladesh selepas solat Jumaat.

Seramai 5,000 lagi peserta demonstras­i turun ke jalan raya di bandar Lahore, Pakistan, menuntut kerajaan mereka mengambil tindakan tegas terhadap India atas kenyataan berkenaan. AFP

Konflik Russia-ukraine

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia