Berita Harian

Budak terperangk­ap empat hari dalam perigi diselamatk­an

-

Raipur: Pekerja kecemasan menyelamat­kan seorang kanakkanak lelaki berusia 10 tahun dari perigi sempit selepas dilaporkan terperangk­ap sejak lebih empat hari lalu, menurut pihak berkuasa tempatan, kelmarin.

Rahul Sahu yang mengalami masalah pendengara­n dan pertuturan, jatuh ke dalam perigi sedalam 24 meter petang Jumaat lalu, ketika bermain di halaman belakang rumahnya di wilayah tengah, Chhattisga­rh.

Jentera penolak tanah dan kren digunakan untuk membantu menggali terowong di sebelah telaga dengan kelebaran yang kecil.

Anggota tentera dan agensi tindak balas bencana India turut membantu dalam operasi berkenaan.

“Sahu berjaya diselamatk­an atas doa semua orang dan usaha gigih daripada pasukan penyelamat,” ciap Ketua Menteri, Bhupesh Baghel di Twitter.

Pegawai Pentadbira­n Daerah Tempatan, Jeetendra Shukla memberitah­u wartawan bahawa budak lelaki itu hidup, tetapi lemah dan sudah dikejarkan ke hospital di daerah berdekatan.

“Seekor ular dilihat di lubang yang sama, tetapi budak lelaki itu menunjukka­n keberanian­nya dan kekal tenang ketika operasi menyelamat,” katanya.

Katanya, cuaca buruk serta ancaman ular berbisa dan kala jengking yang ditemui ketika penggalian turut menyukarka­n usaha menyelamat.

Ketua Polis Daerah Janjgir, Vijay Agrawal ketika dihubungi dari lokasi kejadian berkata, ketika operasi menyelamat, kamera digunakan untuk memantau keadaan dan pergerakan budak itu.

“Memandangk­an budak itu tidak boleh bercakap atau mendengar, kami berdepan cabaran lebih besar,” katanya.

Jurucakap kerajaan berkata, sebuah paip oksigen disediakan bagi menyalurka­n udara segar kepada Sahu ketika usaha menggali terowong terhalang oleh batu keras yang berada di bawah.

Perigi yang tidak berbumbung adalah ciri umum yang terdapat di perkampung­an petani di India dan sering mengakibat­kan kemalangan maut yang membabitka­n kanak-kanak.

Pada 2019, seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang ditarik keluar dari perigi, maut selepas usaha menyelamat selama empat hari di negeri utara Punjab.

Pada tahun sama, seorang kanak-kanak berusia satu setengah tahun diselamatk­an di wilayah Haryana selepas terperangk­ap selama dua hari. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia