Berita Harian

‘Tiada lagi senyum manis, jenaka bersahaja’

-

Bermula sebagai askar ke pentas seni, Allahyarha­m Hamid Gurkha tinggalkan legasi tak ternilai

Belasungka­wa Allahyarha­m Hamid Gurkha 1933-2022

jadian yang menyebabka­n perkataan ‘Gurkha’ melekat pada nama sampai hari ini.

“Ketika saya berkawad di Padang Square, Port Dickson, ada jurulatih mungkin tidak tahu nama saya. Lalu, dia panggil saya Gurkha. Wajah saya pula ketika itu agak mirip askar Gurkha dari Nepal.

“Jadi ‘Gurkha’ itu melekat pada nama saya sampai orang panggil saya Hamid Gurkha,” katanya.

Menelusuri jejak sebagai anak seni, Pak Hamid menjadi pelakon dan pelawak tanpa dirancang. Segala-galanya bermula apabila arwah bersama rakannya menyertai program sambutan hari raya di kampung.

Nama Pak Hamid melonjak apabila beliau membintang­i pelbagai filem pada akhir 1970-an hingga 1980-an.

Filem seperti Sikit Punya Gila (1982), Ragam Pemandu (1986) dan

Main-main Hantu (1990) memberi impak besar dalam kerjaya Pak Hamid hingga menjadi antara pelawak kesayangan ramai.

Antara filem yang dibintangi adalah seperti Gila-gila (1979), Aku Yang Berhormat (1983), Talak (1984), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006), Zombi Kampung Pisang (2007) dan

Alamak Toyol (2011).

Pak Hamid pernah dinobatkan sebagai Artis Komedi Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ketiga pada 1982 kerana kesungguha­n beliau dalam bidang seni.

Bagaimanap­un, kali terakhir Pak Hamid berlakon adalah menerusi filem bersama pelakon seperti Kamal Adli, Shiqin Kamal dan Fizo Omar pada 2019.

Kelmarin, berakhirla­h perjalanan hidup Pak Hamid yang cukup memberi kesan kepada keluarga tercinta. Sekian lama keakraban, cinta dan kasih sayang diterapkan Pak Hamid hingga menjadi nadi yang menyatukan ukhuwah sesama mereka.

Perkara itu diakui anak bongsunya, Nor Ashita Hamid yang ditemui usai pengebumia­n bapa tercinta, malam kelmarin.

Jenazah Pak Hamid selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa, Klang, kira-kira jam 9.50 malam kelmarin.

Pak Hamid mendirikan rumah tangga dengan Timah pada 1957.

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ??
(Foto Faiz Anuar/bh)
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia