Berita Harian

Fokus karier solo

- Susunan Farihad Shalla Mahmud

BTS umum berehat, anggota band mahu teroka dunia muzik sendirian farihad@bh.com.my

Selepas sembilan tahun menawan dunia muzik dengan kemuncak mengangkat irama K-pop ke pentas Anugerah Grammy, kumpulan pop sensasi, BTS mengumumka­n mahu berehat bagi suatu tempoh yang belum ditetapkan bagi memberi tumpuan terhadap kerjaya solo.

Berita mengejutka­n itu dikongsi dalam bentuk video kumpulan dianggotai RM, Jin, Suga, J-hope, Jimin, V dan Jungkook pada majlis makan malam FESTA sempena meraikan ulang tahun kesembilan penubuhan kumpulan popular itu, lapor portal www.eonline.com.

Jungkook dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka memerlukan ruang mencari pengalaman baharu dalam kerjaya seni.

“Setiap kami mahu berseronok dan menimba pengalaman dalam banyak perkara.

“Kami berjanji akan kembali bergabung suatu hari nanti. Pada masa itu, kami akan lebih matang daripada apa yang dilihat sekarang,” ujarnya.

Tanpa menyatakan sampai bila mahu membawa haluan sendiri, sebaliknya kumpulan yang cukup menerusi lagu Dynamite dan Butter ini teruja ketika bercerita keinginan untuk meneroka kerjaya sebagai penyanyi solo, lapor agensi.

“Saya selalu menganggap BTS berbeza daripada lain, tetapi masalah sering dihadapi kumpulan K-pop dan sistem yang membentuk kerjaya kerana tiada ruang menjadi lebih matang.

“Kami kena sentiasa menghasilk­an muzik dan terus melakukan sesuatu,” kata RM.

Diakui keputusan itu bukanlah perkara mudah dilakukan.

“Walau apapun, peminat adalah perkara pertama yang difikirkan. Kami mahu menjadi anak seni yang sentiasa dikenang peminat.

“Sekarang adalah masanya untuk kami memikirkan artis bagaimana yang kami mahu peminat kenang.

“Pada fikiran saya, inilah sebabnya kami perlu melalui kesukaran seperti ini. Kami cuba mencari identiti sendiri dan itu adalah satu proses yang sangat panjang dan memenatkan,” luah Jimin.

BTS ditubuhkan pada 2010 selepas pengasas syarikat pengurusan, Big Hit Entertainm­ent iaitu Bang Si-hyuk berjaya mengesan bakat RM, diikuti anggota yang lain.

Kumpulan itu membuat penampilan sulung pada 2013. Sejak itu, BTS terus mencipta kemasyhura­n dan meraih pelbagai kejayaan.

Antara pencapaian terbaik termasukla­h menembusi pencalonan Anugerah Grammy, lagu menduduki carta nombor satu Billboard Hot 100 dan mempunyai peminat setia dari seluruh dunia yang menggelark­an diri sebagai Army.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia