Berita Harian

‘Pesan jaga emak, ukhwah keluarga’

-

“Kami reda ini semua kerja Tuhan. Sudah sampai waktunya pergi meninggalk­an kami. Tiada lagi, kesakitan yang ditanggung­nya.

“Cuma sedikit terkilan kerana sakit peningnya selama ini, anakanak sentiasa ada di sekeliling. Tetapi saatnya menutup mata, kami tidak boleh masuk ke wad.

“Ketika itu, kami hanya mampu melihat dari kejauhan dengan usaha mahu memberi rawatan terbaik untuknya supaya sihat kembali.

“Ketika masuk hospital, Khamis lalu, arwah kuat semangat dan tidak mahu dirawat lama-lama,” katanya.

Nor Ashita berkata, sejak dimasukkan ke hospital, paras oksigen arwah turun naik hingga menyukarka­n pernafasan.

“Paras oksigen bapa tidak stabil, sekejap naik, sekejap turun. Makan pun sudah tidak boleh terima dalam bentuk pepejal. Hanya guna tiub dengan makanan dalam bentuk cecair.

“Hingga akhirnya, selera makannya pun sudah hilang. Paras gula dan garam dalam badannya pun naik. Doktor kata, buah pinggang bapa pun terkesan,” katanya.

Tambah Nor Ashita, sekalipun bapanya sudah tiada, kasih sayang dan ukhuwah diterapkan arwah selama ini tetap hidup.

“Pada hujung usianya, arwah menyuruh kami menjaga emak dengan baik. Silaturahi­m sesama kami juga kena kukuh terjalin. Arwah tidak mahu kami bergaduh dan berpecah-belah.

“Walaupun pernah jadi askar dan orang selalu menggambar­kan kerjaya itu tebal dengan sikap tegas, arwah selalu manjakan anakanak.

“Arwah memang tebal dengan sikap penyayang, pemurah dan mudah mesra. Hubunganny­a antara anak, cucu dan cicit rapat,” katanya.

Jenazah Allahyarha­m Pak Hamid disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa, kira-kira jam 9.50 malam kelmarin. Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Kota Raja selepas Isyak.

Lebih 300 ahli keluarga, artis dan peminat hadir bagi memberikan penghormat­an terakhir kepada arwah. Antara yang dilihat hadir adalah Datuk Nash, Mat Over dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Arwah meninggalk­an balu, Timah Abdul Hamid, 80, yang menjadi pasanganny­a lebih enam dekad sejak 1957.

Hasil perkongsia­n hidup, mereka dikurniaka­n lapan anak, namun, dua anak mereka meninggal dunia. Pak Hamid dan isteri juga dikurniaka­n 32 cucu dan 18 cicit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia