Berita Harian

Rakan artis kenang budi Pak Hamid

-

Pemergian Allahyarha­m Pak Hamid, 89, cukup dirasai teman seperjuang­an termasuk pelakon generasi baharu yang menganggap peluang bekerjasam­a dengan pelawak legenda itu sebagai ‘hadiah’ paling mahal dalam mengukuhka­n nama di persada seni.

Namun, bagi penyanyi Nash atau nama sebenar, Nashrudin Elias, 63, beliau terkilan tidak sempat melawat arwah ketika sakit.

“Saya dapat kiriman Whatsapp daripada sahabat yang menyatakan arwah menyebut nama saya, AR Badul dan Norlia Ghani.

“Mesej itu saya masih simpan sampai sekarang. Sedikit ralat tidak dapat berjumpa arwah sekembalin­ya dari Tanah Suci Makkah.

“Arwah dengan saya macam bapa kandung. Saya cukup kenal keluarga arwah termasuk isteri dan anak-anak. Saya panggil arwah pun bapa, isterinya pula emak,” katanya ditemui selepas pengebumia­n Allahyarha­m Pak Hamid di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa, Klang, malam kelmarin.

Sementara itu, Mat Over atau nama sebenar, Sulaiman Mat Yasin, 70, berkongsi kenangan indah bersama arwah.

“Kali terakhir saya bersua arwah pada suatu acara di Bagan

Datuk, Perak. Pertemuan itu sudah lama. Saya tidak pernah hubungi beliau selepas itu.

“Hubungan kami tidaklah rapat. Tetapi arwah sangat baik melayan saya. Kami tinggal di kawasan sama. Malah, ketika arwah sihat, kami pernah joging bersama,” katanya.

Mat Over dan arwah Pak Hamid juga pernah menunaikan umrah pada 2017.

“Ketika itu, pendengara­nnya sudah tidak jelas. Namun, penglihata­n dan daya ingatan arwah masih kuat,” katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut memberi penghormat­an terakhir kepada Allahyarha­m Pak Hamid, menyifatka­n pelawak itu insan seni berjiwa kental dalam perjuangan­nya.

“Saya kenal arwah ketika menjadi Timbalan Menteri Penerangan. Ketika itu, arwah banyak terbabit dengan program terbitan RTM.

“Arwah rapat dengan saya apabila beliau tawarkan diri hadir ke acara membabitka­n saya. Walaupun tebal dengan jiwa pelawak, arwah kental dalam aspek perjuangan dan serius bekerja.

“Saya kenal arwah sebagai insan seni berjiwa halus dan sangat hargai jasa beliau,” katanya.

Sementara itu, pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ketika dihubungi menyifatka­n arwah seniman sejati.

“Kerjaya seninya berterusan berpuluh tahun hingga hujung usia. Arwah banyak memperhamb­akan dirinya dalam dunia lakonan dan berlawak.

“Kita pasti rindu keletah spontan dan aksi selamba arwah yang selama ini mencuit hati ramai,” katanya.

Pelakon dan pengacara, Fizo Omar pernah beraksi dengan Allahyarha­m Pak Hamid dalam beberapa drama dan kali terakhir mereka membintang­i filem Superbike The Movie arahan Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi.

“Filem itu diperam lima tahun atas masalah teknikal. Namun, Superbike The Movie akhirnya ditayangka­n di Astro First pada 2020. Seronok berlakon dengan arwah kerana lawaknya selamba.

“Kami juga sempat terbabit menjalani penggambar­an iklan sempena Hari Belia Negara dan mempromosi­kan filem berkenaan. Ketika penggambar­an iklan terbabit, arwah ‘sempoi’ tetapi komited dengan kerjanya.

“Walaupun terpaksa berpanas dan memakai sut perlumbaan motosikal yang berat, arwah sanggup buat tanpa banyak songeh,” katanya dihubungi HIP.

Nash (tengah) membaca surah Yasin di sisi jenazah Allahyarha­m Pak Hamid yang dipanggiln­ya bapa.

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ??
(Foto Faiz Anuar/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia