Berita Harian

Hungary aibkan England

-

Pemain Hungary, Roland Sallai (kanan) menewaskan penjaga gol England, Aaron Ramsdale untuk menjaringk­an gol kedua pasukannya ketika aksi Liga Niesgtaard­ae-negarra au ceefaa ,s netm- alam.

e

-

.

Liga Negara-negara UEFA

London: Pengurus England, Gareth Southgate bertanggun­gjawab di atas kekalahan terburuk Three Lions di laman sendiri sejak 1928 apabila dibelasah Hungary 4-0 dekat Wolverhamp­ton, semalam.

Skuad kendalian Southgate berdepan penyingkir­an dari pentas tertinggi Liga Negara-negara selepas empat perlawanan berturuttu­rut tanpa menang.

Namun, dia meminta penyokong untuk setia bersama pemain menjelang Piala Dunia lima bulan lagi.

“Saya faham ia pengalaman yang mengecewak­an,” kata Southgate yang menjadi sasaran kemarahan dari tempat duduk penonton di Molineux.

“Apa yang saya mahu katakan ialah kumpulan pemain ini menakjubka­n buat negara dan adalah penting penyokong terus kekal bersama mereka kerana mereka akan terus kekal kuat selepas ini,” katanya.

England mengatasi semua jangkaan untuk ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan meningkat lagi apabila ke final kejohanan utama pertama sejak 55 tahun pada Euro 2020 musim panas lalu.

“Ia bukan masa untuk panik,” kata kapten England, Harry Kane yang menolak semua khabar angin Southgate sepatutnya dipecat.

“Ia malam yang perlu dilupakan, tetapi kami perlu terus menghadapi­nya. Kami perlu terus ke depan.

“Kami bersedia menghadapi Piala Dunia dan itu perkara paling penting,” kata kane.

Hungary memastikan kemenangan pertama mengatasi England dalam 60 tahun di Budapest 10 hari lalu diikuti kemenangan pertama di England sejak kejayaan 6-3 di Wembley pada 1953.

Dua gol Roland Sallai serta gol lewat Adam Nagy dan Daniel Gazdag meletakkan skuad kendalian Marco Rossi di landasan tepat untuk ke final Liga Negara-negara tahun depan. AFP

 ?? Fo AFP) (Foto EPA) ??
Fo AFP) (Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia