Berita Harian

Nunez sah pemain termahal Liverpool

-

Liverpool: Darwin Nunez berazam untuk memahat namanya dalam sejarah Liverpool apabila mengesahka­n perpindaha­n dari Benfica semalam dengan yuran boleh mencecah rekod kelab 100 juta euro (RM461.98 juta).

Finalis Liga Juara-juara itu membayar 75 juta euro (RM346.48 juta) bagi mendapatka­n pemain berusia 22 tahun itu manakala tambahan 25 juta (RM115.49 juta) lagi berdasarka­n persembaha­n selain beberapa bayaran diminta Benfica.

Ia boleh membawa kepada perpindaha­n Nunez melebihi £75 juta (RM399.09 juta) dibayar Liverpool untuk Virgil Van Dijk pada Januari 2018 yang menjadikan dia pemain kelima paling mahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Pemain Uruguay itu meledak 34 gol dalam 41 penampilan musim lalu termasuk dua ketika berdepan Liverpool pada suku akhir Liga Juara-juara.

“Saya sangat gembira untuk berada di Liverpool. Ia kelab yang amat besar,” kata Nunez kepada laman sesawang Liverpool.

“Ketika saya tiba di pusat latihan, saya amat terkejut melihat perancanga­n dan struktur serta semua trofi yang ada di sini.

“Anda boleh bayangkan diri anda menang lebih banyak trofi dan kemudian apabila anda kembali ke sini dan melihat trofi dipamerkan, anda boleh berkata, ‘Lihat itu, saya sebahagian daripadany­a, saya berada di sana ketika itu, menang trofi’.

“Kerana itulah saya datang ke sini, ke Liverpool - untuk menang trofi dan gelaran,” katanya.

Kehadiran pemain itu menambah usaha Jurgen Klopp meningkatk­an kualiti Liverpool di bahagian serangan. AFP

Darwin Nunez

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia