Berita Harian

Cools tak menyesal pilih Malaysia

-

Kuala Lumpur: Pemain pertahanan negara, Dion Cools mengakui tidak menyesal memilih untuk mewakili Malaysia selepas dia berjaya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023.

Pemain kacukan Malaysiabe­lgium yang menyertai skuad Harimau Malaya ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pertengaha­n tahun lalu menjelaska­n bahawa dia berpuas hati apabila dapat membantu pasukan negara mencipta kejayaan.

“Saya mempunyai darah Malaysia dan saya sanggup melakukan apa sahaja demi negara ini. Saya berikan segala-galanya apabila berada di atas padang.

“Mentaliti sebegini yang membuatkan saya bersemanga­t memberikan 100 peratus untuk pasukan dan seluruh penyokong,” katanya selepas perlawanan dengan Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.

Cools dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu dengan dia menyumbang satu gol dan beraksi cemerlang untuk membantu skuad kendalian Kim Pan Gon menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia bagi Kumpulan E.

Kemenangan itu juga membolehka­n Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk Malaysia mara ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas 1980.

Selain itu, Cools turut mengakui terdapat perbezaan apabila mewakili negara dengan kelabnya di Eropah sebelum ini terutama perasaan ketika meledak jaringan sulung buat Harimau Malaya.

“Ini adalah saat yang sangat me

Cools mendukung anak lelakinya ketika meraikan kemenangan membelasah Bangladesh 4-1, kelmarin.

nakjubkan apabila berjaya menjaringk­an gol pertama saya (bersama pasukan kebangsaan).

“Saya seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku ketika itu dan saya akan menikmatin­ya selain berharap dapat menyumbang lebih banyak gol selepas ini,” katanya.

 ?? (Foto Aizuddin Saad / BH) ??
(Foto Aizuddin Saad / BH)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia