Berita Harian

Pilihan FAM tepat

-

Dari muka 54

Daripada pandangan mata kasar, Pan Gon ini mungkin individu yang tegas dalam diam dengan dia sentiasa mengelak daripada memberi komen terhadap prestasi individu pemainnya.

Pun begitu, dalam diam itu juga dia bertindak memperbaik­i kelemahan dalam pasukan dan paling ketara boleh dilihat pada aksi menentang Bangladesh, kelmarin yang mana dia merehatkan penjaga gol nombor satu negara, Farizal Marlias dan meletakkan pemain yang baru menyertai skuad senior, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed di benteng terakhir.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia sebagai satu hukuman ke atas Farizal dek kerana kesilapann­ya ketika menentang Bahrain, Sabtu lalu atau Pan Gon mahu menenangka­n penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) itu selepas dikecam netizen.

Sebagai rumusan selepas pelantikan­nya sebagai bos Harimau Malaya pada tahun ini hingga perlawanan kelmarin, pilihan FAM memilihnya adalah tepat.

Malah, kejayaanny­a membawa Malaysia ke pentas Piala Asia 2023 boleh dikatakan merawat segala kudis yang sebelum ini terlekat pada Harimau Malaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia