Berita Harian

‘Semuanya akan musnah’

-

Dari muka 54

“Saya memohon sokongan daripada Tunku,” kata Pan Gon dalam perbualan menerusi Whatsapp yang dikongsi Tunku Ismail.

Malah, Pan Gon turut memberi laporan mengenai perancanga­n pasukan kebangsaan bagi mengharung­i beberapa aksi persahabat­an serta tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini.

Selain itu, terdapat juga perbualan dipercayai selepas keputusan Tunku Ismail untuk berundur daripada urusan harian skuad Harimau Selatan dan menyerahka­nnya kepada pengurusan tertinggi pasukan.

“Apa yang Tunku lakukan untuk pasukan kebangsaan dan sokongan kepada pasukan kebangsaan sangat bagus. Tolong teruskan bersama kami dan menyokong bola sepak Malaysia.

“Tanpa kehadiran Tunku, semuanya akan musnah selepas ini. Tolong pertimbang­kan mengenai keputusan Tunku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia