Berita Harian

Sasaran pingat perlu realistik

-

Kuala Lumpur: Kontinjen negara ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 akan meletakkan sasaran pingat yang realistik pada penyertaan mereka di Ubon Ratchathan­i, Thailand dari 26 Julai hingga 8 Ogos ini.

Walaupun angka sebenar sasaran belum dimuktamad­kan, jangkaan itu mungkin tidak jauh berbeza daripada pencapaian pada edisi di Myanmar 2018 iaitu menduduki tempat ketiga dengan 37 emas, 43 perak dan 49 gangsa.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Kontinjen Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia, Dr Pekan Ramli, berkata jangkaan sasaran itu perlu diperhalus­i, apatah lagi ramai atlet IPT yang juga prospek pingat tidak dapat menyertai kontinjen kerana perlu mewakili negara di pentas lebih besar seperti Sukan Komanwel 2022.

“Kita menghadapi sedikit kesukaran kerana ramai atlet IPT yang turut memenangi emas di Sukan SEA Vietnam

2021 tidak dapat dibawa bersama ke Ubon Ratchathan­i.

“Kita sudah mengadakan perbincang­an dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan sukan kebangsaan tetapi kita akur apabila ada atlet yang tidak dapat dilepaskan seperti Nur Dhabitah

Sabri (sukan terjun).

“Ini kerana Dhabitah diperlukan mereka untuk sasaran pingat emas di Sukan Komanwel nanti.

Kekangan lain seperti silat kerana pada waktu AUG berlangsun­g, pesilat negara mempunyai Kejuaraan Dunia di Melaka.

“Jadi ramai atlet silat IPT yang mewakili negara tidak dapat dibawa ke AUG di Thailand. Kita memang mengharapk­an beberapa emas daripada sukan silat dan ini menjadikan (sasaran) itu perlu diperhalus­i lagi,” katanya.

Pekan berkata, sasaran pingat sebenar hanya boleh dinilai dan dimuktamad­kan pada akhir bulan ini selepas meneliti jumlah penyertaan dan kekuatan kontinjen negara lain.

“Untuk kali ini, mungkin tidak terlalu jauh daripada (pencapaian) di Myanmar tetapi kita akan menilai dan melihat keupayaan beberapa kontinjen negara lain. Kita nak lihat kekuatan dan jumlah kontinjen itu dan selepas itu barulah kita lihat berapa yang boleh disasarkan dan kedudukan kita di AUG nanti.

“Harap ada kejutan dan saya juga sudah tekankan kepada Jawatankua­sa Persediaan Atlet supaya bekerja keras untuk kita menjadikan AUG ini sebagai satu tumpuan khusus bagi mendapatka­n pingat. Kita tak mahu pergi sekadar penyertaan saja," katanya.

Kontinjen negara yang bakal disertai 285 atlet dijadual menyertai 19 jenis sukan antaranya seperti renang, badminton, karate, bola sepak, olahraga dan memanah.

Pekan Ramli

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia