Berita Harian

Pan Gon rawat luka Harimau Malaya

Kerajaan pertimbang beri ganjaran

- Oleh Zulfaizan Mansor

Sukan 53

zulfaizan@bh.com.my

Menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke pentas Piala Asia 2023 menjadi pencapaian terbesar buat Harimau Malaya selepas arena bola sepak negara memasuki era profesiona­l.

Ia juga mengatasi pencapaian manis sebelum ini ketika skuad negara di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal memenangi kejuaraan Piala AFF buat kali pertama dan terakhir pada 2010.

Selepas itu, skuad senior Harimau Malaya dilihat lebih banyak ditimpa malang dan duka termasuk di Piala AFF dan pentas lebih besar dalam kempen kelayakan Piala Dunia serta Piala Asia.

Jurulatih silih berganti ditukar oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) demi mencari ‘sifu’ yang boleh mengubah nasib Harimau Malaya ketika penyokong yang dahagakan kejayaan terus mendesak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan pertimbang beri imbuhan kepada skuad Harimau Malaya atas kejayaan layak ke Piala Asia 2023.

Malah, sejak kali terakhir Malaysia beraksi di pentas Piala Asia dengan kelayakan secara merit pada 1980, seramai 23 jurulatih sudah bertukar tangan termasuk Karl-heinz Weigang yang membimbing Harimau Malaya dari 1979 hingga 1982.

Banyak luka dan ‘kudis’ yang terlekat pada Harimau Malaya susulan beberapa siri kegagalan termasuk di gelanggang yang hanya membabitka­n persaingan rantau Asia Tenggara iaitu Piala AFF.

Paling terbaru, gagal di kelayakan Piala Dunia 2022 di Emiriah Arah Bersatu (UAE) tahun lalu dan lebih buruk apabila Harimau Malaya tersingkir awal di peringkat kumpulan Piala AFF di Singapura tahun lalu.

Namun, kehadiran individu dari Korea Selatan, Kim Pan Gon ke pasukan kebangsaan pada awal tahun ini seakan memberi nafas baharu dan membawa perubahan positif buat Harimau Malaya.

Walaupun hanya hadir sejak tiga bulan lalu, namun sentuhan ajaib Pan Gon tampak menjadi apabila dia berjaya merealisas­ikan impian ke pusingan akhir Piala Asia walaupun pada awalnya ramai yang menganggap dia tidak cukup masa untuk mengasah taring Harimau Malaya.

Entah apa yang dilakukan pengendali berusia 53 tahun itu hingga pemain Harimau Malaya tampil dengan penuh bertenaga menekan lawan, tidak lagi lemau dan pergerakan lebih teratur di segenap posisi.

Segalanya tampak berubah berbanding Harimau Malaya yang dulu yang mana dilihat lebih banyak bermain secara bertahan dan hilang punca untuk menerkam lawan.

 ?? ?? 51
51
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? Lihat Sukan 53
Lihat Sukan 53

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia