Berita Harian

TMJ-PAN Gon saling ‘berhubung’

-

Kuala Lumpur: Pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon sentiasa memberi kemas kini mengenai maklumat terbaru skuad Harimau Malaya kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Perkongsia­n itu didedahkan sendiri Tunku Ismail menerusi laman Instastory peribadi beliau, semalam.

Dalam perkongsia­n terbabit, ‘perkenalan’ Pan Gon dan Tunku Ismail tercetus selepas pengendali dari Korea Selatan itu memperkena­lkan dirinya kepada pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sambil mengucapka­n tahniah atas kejayaan JDT menjulang Piala Sumbangsih.

“Apa yang Tunku lakukan untuk bola sepak Malaysia adalah sangat menakjubka­n. Ia sudah melangkaui peringkat Asia dan saya sangat menghormat­i Tunku.

“Saya akan sentiasa memberikan perkembang­an terkini mengenai pasukan kebangsaan dari semasa ke semasa. Dengan sokongan Tunku, saya akan terus bekerja keras demi kejayaan Malaysia.

Pasukan Harimau Malaya meraikan kejayaan mara ke Piala Asia 2023 selepas menumpaska­n Bagladesh 4-1.

Lihat Sukan 53

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia